Friday, February 13, 2015

::HUSBANDWIFE @ KRABI::

Assalamualaikum........
Selamat tengahari....

Berdasarkan tittle entry ni ofkos la aku nak citakan pasal percutian a.k.a hanimun KAMI kt krabi haritu (da 2 mggu da balik)..tp keseronokan tu masih lg terasa.. kitorg pergi berdua je kali ni.. fefeling hanimun okeh :) nanti in shaa Allah akan repeat lg utk bawa anak2 pulak (next plan).

Ok straight 2 d point...
DAY 1
Kitorg gerak lebih kurang jam 9 pagi cmtu. In planning nk g awal lps antar anak2 sekolah tp disebabkan barang pn pagi tu baru nak packing maka jadilah jam 9 baru bertolak. kitorg naik kereta jerr. xmampu nk naik flight..huhu..kang lari bajet dh xleh nk p pulak. minyak keta siap isi malam tu lg. Jdnya pagi tu kitorg terus gerak je. Kitorg pegi ikut Wang Kelian. Sampai Wang kelian cop passport setel insurans keta bagai then teruskan perjalanan ke Satun dulu. Di Satun kitorg singgah kedai saudara EN.HUBBY utk makan bekfes sekali harung lunch terus :)
Bertolak dr Satun aku xingat jam berapa sebab xtgk jam pn..hihi..yang aku ingat masa EN.HUBBY bukak waze tu kami dijangka sampai jam 130 ptg (jam Thailand). Follow je waze tu sbb kitorg mmg tak tau jalan ke sana langsung. Ada la jugak silap jalan sekali dua tp ok lastly sampai jugak di bumi KRABI jam 330 ptg  lebih kurang (waktu Thailand).
Firstly haruslah cari hotel kan..Ok jumpa hotel checkin dulu. Hotel EN.HUBBY pilih dgn persetujuan bersama.. Hotel GOLDEN MOON menjadi pilihan kami. Bab hotel ni EN.HUBBY da book siap2 2bln sebelum kitorg pegi dan paling aku rasa sweet sgt bila EN.HUBBY request dekat hotel tu utk decorate bilik KAMI utk hanimun..besttt gilerrr!!! *tenkiu hubby*

tadaaaa....

cantikkan....

sayang ok dgn rose merah tu....

tade bath tub pn ok.....


Bilik ni harga dia 2700bath utk 3hari 2malam..tade bath tub bagai tp sangat selesa dan kebersihan sgt tip top..aku bagi hotel ni 8/10 bintang :) service hotel pn bagus. siap ikut kita amik barang dalam keta dan bawa ke bilik lg. Tenkiu GOLDEN MOON :) Tp tempat parking keta xde yer hotel ni. parking je depan hotel tu betol2. Ada wifi free kt hotel ni.

Lepas letak barang kitorg kuar jenjalan ehh tp bukan jalan kaki but naik keta.hihi.. kitorg ronda2 area pantai dan area dekat2 situ. Harus laa benti sekejap utk snap gmbr di tepi pantai...

xcantik sgt gambar ni..

tgk tu sah2 kelih batang monopod tu..xreti lg sbb baru beli :)

xberapa nak bergambar sgt sebab badan sgt letih. Sambil jalan-jalan tu kitorg survey la harga utk p Island Hopping utk aktiviti esok hari. Sebenarnya ada EN.HUBBY da contact org tu utk book kt dia tp sebab tggu org tu lambat sgt maka kami pn pilih yg lain laa. Haruslah kami pilih utk ke Phi Phi Island. Dengan harga 1000bath seorg kami dapat utk ke Phi Phi Island. sebelum g ke sana aku ada search jugak harga utk ke Phi Phi Island ni. Rasanya kami dapat murah dr yg aku search tu. ok la malas nk jalan lg kami pn pilih la pakej yang tu. Then balik semula ke hotel utk rehatkan badan.
Malam tu kuar semula utk tgk suasana malam di bumi KRABI. kali ni kitorg kuar jalan kaki jerr. Jalan2 area hotel. Macam2 ada dijual di bawah tu. dan yang penting makanan halal sangat mudah didapati area hotel kami. Alhamdulillah senang cari makan :) 

DAY 2
arini awal pagi da bangun. ready utk ke Phi Phi Island. sangat teruja okeyyy. tggu org pick up kitorg kt hotel. Janjinya jam 8.30pg hingga 9pagi dtg pick up tp tggu sampai jam9 pg xde org pick up lg. haihhh gabra jgk aku. kang xpasal2 kena tggl ngn bot. EN.HUBBY relax jerr. aku yg gelabahnyaa..(org pompuan mmg cenggitu kot) EN.HUBBY call org yg incharge tu amik no telefon melalui resit yg dorg bg kelmarin tu. xlama la tggu org pn dtg pick up kami bawa ke pantai. Sebelum tu kitorg bekfes roti dan biskut music jee bersama air milo.
menunggu.....
sebelum bot bergerak dorg bagi penerangan serba sedikit tentang aktiviti haritu. Katanya kami akan dibawa ke 7 pulau. tp xsemua laa boleh turun.
Biar gambar laa berbicara okeyy.....



Semua gambar di atas keadaan masa dalam bot. Ramai org Malaysia naik bot dgn kami..

Pantai pertama kami turun...





next destinasi....


haaa time ni aku da mula xsyok dahh..meloya pening semua dia mai dh..then bot benti sja kt sini, tempat utk terjun snorkeling aku da muntah..haihhh ni la yg aku xgemor nihh. nasib da standby plastik dlm beg. lekeh sggh laa. baru naik bot lama tu da muntah. EN.HUBBY mtk ubat mabuk laut kt org hat bg penerangan kt kami td. masa awal dia da tnya sapa yg nak ubat tu tp belagak tak amik pn. ha kan dah muntah. amekkk kauu!! tp lepas muntah terjun jgk. rugi kot kalu xterjun. padahal bukan tau berenang pn. terjun st jaa, tu pn xlepas laa EN.HUNBBY.. takot oiii..naik bot balik.. tggl laa EN.HUBBY sensorg kt laut tu.. tu dapat snap gmbq dia :)

Sebelum smpai kt sini ada satu tempat tu benti tp kena dk atas bot jaa. mmg cantik tempat tu tp sebab aku muntah maka tempat tu xdak gmbaq la yerr.. rugi rugi rugi..............

destinasi seterusnya.. tempat ni nmpk ikan-ikan berenang dalam laut. aku xturun dh time ni. muntah sekali lg.. letihnyaaa..EN.HUBBY pn turun st jaa..xbest dia kata sensorg. alamakkk kesian la pulak.. *sori yerr abg*




next destinasi pulak kitorg ada lunch sekali..xigt masa bpa lama tah dia bg.. pakej ni include lunch tambah pulak lg lepas turun ke pantai dorg bg makanan lg. 1st dapat kek mcm apollo tu dgn air mineral dan air botol berperisa. kemudian dapat buah tembikai. harus laaa laparkan sbb main dgn air. Masa benti kt pantai utk turun lunch tu muntah jgk skli lg. tp masa makan ok jaa..belasah jaa semua yg ada sbb dh tahu semua yg disediakan adalah HALAL. itu yg penting. mula takut jgk nk makan sbb takut muntah lg tp dah lapar makan jgk laa.Mari kita tgk gambar kt pantai ni pulak. Gambar makanan xdak ok! sbb xsnap pn masa makan.









Yg ni last destinasi.. Lepas pantai ni kitorg da gerak balik..Sampai hotel lebih kurang jam 4ptg..Rehat sepuasnya sebelum nk kuar lg malam tu. Nak rehat dgn tido seklai tp xboleh tido la pulak. so decide kuar laa jenjalan. Rugi wooo klu x g jalan sepuasnya. Bukan buleh p salu. Sekali kuar kitorg dinner la sekali. Restoran yg dipilih adalah Bamboo pe tah dh xigt tp ada laa Bamboo tu. Aku pilih nasi goreng nenas+air kelapa while EN.HUBBY pilih nasi goreng+jus tembikai. Pilihan bersama pulak tomyam+vegetables seafood salad+air mineral :) Tom yam dia sgt mabeles!! Vegetables seafood salad tu harus repeat lagi. sedap!!

aku pnya pesanan
yg lain tade gambar.....
Lepas dinner tu jln2 area situ jap n then balik bilik utk tido dan rehat sepuasnya.......

DAY 3
Akhirnya sampai la last day hanimun kami.. rasa macam xpuas lg berjalan kt sana. Rasa macam ada jerr lagi tempat yg kitorg xpegi. Tapi kenalah balik kn, sian anak menunggu mama dan papa balik dr 'kursus' ;) rindu kt anak2 mama....
Kitorg checkout dalam pukul 11 lebih (waktu Thailand)... Selesai checkout dan masukkan barang dlm keta kitorg pn say gudbye pada Aonang Beach dan Golden Moon.. Dgn rasa dlm hati suatu hari nanti nk dtg lagi :) In shaa Allah....
Dlm perjalanan kuar dr Aonang tu tetiba rasa nk g tgk Krabi Town la pulak ada apa. Maka waze pn berubah hala la ke Krabi Town. tp xtahu la betoi ka tdk nya tu Krabi Town. Banyak kedai yg tutup.. Dalam cari jln nk kuar dr Krabi Town tu EN.HUBBY cakap "kat mana la replika ketam yg org cakap klu g Krabi mesti singgah situ". Dalam pada tu jeng jeng jeng terjumpa la ketam yg besar itu. apalagi harusssss laa benti utk bergambar disitu...

tepi jalan nk ke Krabi Town

nak dtg lagi lepas ni....

ketam besar kt belakang tu

cinta hati


org tu sekadar hiasan je erk

annee belakang tu pn sekadar hiasan jerrr
Ok teruskan la perjalanan. Masa dtg haritu EN.HUBBY ada sebut pasal Emerald Pool kt sini. Katanya situ kolam mandi, air dia pulak biru. Alamakkk dh dtg kan harusss la pegi tempat tu. Kena pulak sejalan dgn kami nk balik. Berdasarkan signboard kitorg ikut laa semata2 nk ke Emerald Pool. Alhamdulillah sampai jugak. Nak masuk dalam tu kena 200bath seorang. Ok bayar dan tudiaaa nk ke Emerald Pool tu kena berjalan kaki sejauh 800m baru sampai Emerald Pool. Disebabkan hanya kami berdua so decide jalan laa. Klu anak ada mmg confirm tidakkk.. Duduk jela kt depan tu. Depan tu pn boleh mandi jugak tp xdak biru air dia. Dengan semangatnya berjalan laa kami berdua sehingga laa sampai. macam nk lucut kaki oiii. nk patah balik rasa mcm rugi dan keinginan utk melihat tempat tu sgt maksima!! Nasib sepanjang jalan tu teduh jaa sbb dilindungi pokok2 seolah2 berjalan dlm hutan :) Ada jalan yg ada track yg dorg buat tp jauh dia 1400m. maka jalan tu confirmlah bukan pilihan!!

dah kena tinggal kt belakang

ok!! saing balik
sampai sudahhh
ni la ropanya....

kitorg xmandi pn.. penat jerr en.hubby galas beg baju tu


cerr perati tgk kt signboard dlm tu. ada lg Blue Pool tp kena jalan kaki lg sejauh 866m. todiaaaa keinginan nk tgk tu semaksima yg boleh maka jalan kaki la lg kami berdua. Kali ini agak mencabar jalan dia sebab kena naik bukit tp jalan rata la cuma menaik. adoiiii sgt penatt. Jumpa mat salleh tgh jalan siap EN.HUBBY tnya la kt kawan tu keadaan Blue Pool tu. takut jgk klu jalan pnya penat tgk2 xteqa mana pn. Bila mat salleh tu cakap 'very nice' maka perjalanan haruslah diteruskan. Penat pn xpa aku sanggup!!

Blue Pool.. betoi kata mat salleh tu VERY NICE!!




patah balik pulak.. time ni xpa dah st ja smpai bawah

hubby+wiffy

rehat st noo sebelum teruskan perjalanan lg 800m


akhirnyaaa sampai hujung jalan...

jomm nak balik dhh..xmau p mana dh!!

Selepas dr tempat ni mmg nk terus balik jaa. search waze balik ikut Wang Kelian. Alamakkkk xsempat la pulakkk. Ok plan B balik ikut Padang Besar. Smpai tgh jalan perut la pulak lapaq. nk benti kt mana xtau maka keta pn dgn meluncur lajunya p la ke Talatnam a.k.a Floating Market. Semata-mata utk makan jaa ok! Lepas tu awat xdok rushing balik. elok smpai Padang Besar da pukul 945 malam(waktu mesia) fuhhh sempat. alhamdulillah...
tu la sedikit sebanyak ceritanya utk sesapa yg nk p Krabi..
Anak mama hat kecik sekali sgt terasa hati. sampai mama balik dia lgsg xpandang mama..huhu.. mama sedih tau :'( dia rasa kot mama bukan p kursus.... Hat abg2 ok jaa tambah abg ngah siap tnya beli apa lg kt dia.. sekali terkantoi bila anak2 mama bukak nset dan tgk gmbar mamapapa dalam tu. hat sulong pandai tanya "mama, p jln2 ni masa dh habis kursus ka?" Ya nakkk(jawapan mama) terasa kejam pn ada.. OK!! mama janji akan bawa anak2 mama pulak lps ni. papa kata dia p tgk keadaan tempat dulu baru leh bwk anak2 ;)


Bubye.....
Thank You for Reading.......
Assalamualaikum.......

No comments:

Post a Comment