Friday, March 29, 2013

:: AYAH ::


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharianSaat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


ermmmm sedihkan. bila baca ni trus ingatan ni teringatkan arwah ayah. saat2 ayah masih ada. saat2 manis dengan ayah. saat2 aku bergaduh dengan ayah. saat2 xpuas hati dgn ayah. semua bermain rancak dalam fikiran. siyesss sgt2 rindukan ayah. rasa masih xpuas lg tatap wajah ayah. betul org cakap bila dah seseorang tu tak ada baru kita rasa nk menghargainya. bukan aku xpernah hargai ayah tp ntahlah aku sendiri pn tak tau mcm mana nk cakap. rsa macam rugi sgt bila saat2 nyawa ayah di pengakhiran aku tak duduk tepi ayah. kalaulah aku tahu itu pengakhirannya pasti aku akan lakukan apa saja untuk ayah.

24 OGOS 2012/6 SYAWAL 1433H
hari itu, hujan turun dgn sgt lebat tanpa berhenti langsung. lebih kurang jam 3 ptg mak telefon aku mengatakan ayah sakit dada. terus terang aku langsung tak terkejut sebabnya ayah memang selalu sakit dada tapi tak ada sakit jantung. normally lah ayah sakit cmtu n pasti akan ada skli sakit2 badan cenggitu. aku tak terus balik tp dalam pukul 5 cmtu baru aku balik. masa tu aku hanya balik berdua dgn hubby, anak2 tak ikut. sampai ja di rumah mak, aku terus masuk bilik jumpa ayah, aku panggil ayah n ayah amik tangan aku letak kat pipi dia, time tu aku dh rasa semacam dh, tak penah lg klu ayah sakit ayah buat cmtu. pastu ayah tanya mana anak aku yang sulong (apix). pastu ayah cakap nk jumpa jgk apix. hubby pn balik amik apix. time tu ayah dah nmpk 'loqat'. ayah masuk bilik air nk amik air sembahyang utk bacakan yassin, time tu la masa aku nk buang jam, jam aku jatuh dalam tong air dlm bilik air tu, masa tu terdetik sesuatu kt hati kecik aku ni. lepas amik air sembahyang aku amik buku yassin n terus bacakan kt tepi ayah, tp ayah kt atas katil masa tu aku baca kt bawah tp tepi ayah. tgh aku baca, anak2 aku pn sampai. ayah terus jumpa anak aku n sempat aku terdengar ayah cakap kt apix yang ayah sakit, abg ngah pn sama ada tepi ayah time tu, tp baby ada dengan aku. mungkin dia terkejut dgn keadaan cmtu. aku teruskan yassin. tiba2 aku dengar ayah tarik nafas yang sangat kuat, aku tengok ayah seolah2 nak strok. kalut mak ambilkan sudu utk tahan gigi ayah. aku teruskan lg bca yassin, kali ini lebih kuat dr tadi, tiba2 sekali lg aku dengar ayah tarik nafas seperti tadi, dan kali ni ayah trus senyap dan pejamkan mata. selesai bca yassin, aku ambilkan air yassin tu n then suap ke mulut ayah dan sapukan pada muka ayah. aku panggil 'ayah, ayah, ayah' tp tiada sahutan. aku keluar dr bilik dan telefon abg aku yang sulong bgtau keadaan terkini ayah. hubby pulak keluar tunggu ambulans di depan jalan. bila ambulans smpai, ayah diperiksa oleh pegawai bertugas, mcm2 yang diorg letak kt badan ayah, kitorg menunggu penuh debar, ayah langsung tiada reaksi. dan akhirnya pegawai tersebut bertanyakan waris dan keluarlah perkataan " setelah diperiksa, kami minta maaf pak cik dh tiada". saat itu aku rasakan seolah-olah dunia ni kosong, aku mengharap itu hanya sebuah mimpi tp sebenarnya itulah kenyataannya. AYAH DAH TAK ADA!! sedih hanya Tuhan saja yg tahu. sedangkan baru tadi aku bercakap dgn ayah, baru td ayah pegang tangan aku, baru tadi ayah tanyakan tentang anak aku dan sekarang ayah dh diam. diam itu adalah diam untuk selamanya. hubby call abg aku yang sulong bgtau keadaan masa tu. 

25 OGOS 2012/7 SYAWAL 1433H

hari ayah akan dikebumikan.. ya tepat jam 1130 pagi kitorg bawa ayah ke tanah perkuburan, alhamdulillah cuaca sgt baik hari ini. dr ayah dimandikan, dikafankan, dibawa ke tanah perkuburan, dan diturunkan ke liang lahad alhamdulillah tiada satu pn halangan yang dtg, semuanya berjalan dgn lancar. syukur padaMu ya Allah!! ayah telah selamat disemadikan. dengan langkah perlahan2 aku tinggalkan kawasan perkuburan bersama dengan doa di hati SEMOGA AYAH TENANG DI SANA DAN AYAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMIN........ 


segala kenangan bersama ayah terpahat kukuh dalam ingatan aku, tiada satu pn yang aku lupa. AL-FATIHAH untuk ayah tersayang SHADIN BIN MOHAMAD.. kini, bila terpandang sja bunga ros mekar mewangi di pokok di halaman rumah aku, pasti terdetik dihati aku utk melawat pusara ayah bersama dengan taburan bunga ros itu. 

Thursday, March 14, 2013

:: DINNER SEMALAM ::

Assalamualaikum......
Selamat pagi Khamis...
Salam 1 Malaysia.....

Entry kali ni nak ceritakan tentang dinner semalam. Dinner bersama opkos en. hubby tersayang n bersama anak2 terchenta n bersama lg mak & ayah mentua n sorg lg sure x ketinggalan pnya klu bab makan adik ipar kesayangan merangkap acu kpd anak2 penakannya.. ceywahhhh...hihihihi

Kami dinner kt Su AlaCarte.. Kedai ni mmg peberet kitorg lah. Tom yam dia mabelessss gilaaa n 1 lg menu yg kitorg suka chicken chop dia, fuhhhh terangkatttt..(melebih la pulak aku nih)

Ok tanak panjang2 kan cita nk gtau ja apa kitorg makan semlm..
MENU UTAMA: nasi putih+tom yam campur+ayam goreng kunyit+telur dadar+kerabu sotong+kailan ikan masin
MENU ANAK2: chicken chop blackpepper(apix) while chicken chop original (abg ngah) 
Aku plak semlm xrasa nk mkn yg menu utama tu so aku order nasi goreng sotong (1 lg menu yg sedap kt kedai ni). Hubby plak mulanya order chicken chop blackpepper pastu hentam nasi plak sepinggan. Tak lama lg aku perasan sama nk gemok cm aku dh. (gemok kah aku????)


jus tembikai

nasi goreng sotong

chicken chop blackpepper

Tu je gambar yg sempat di ambil, yg lain da terlalu lapar makanya tade la pic..

Ok tu je entry kali ni..
byeeee
Thanx 4 reading!!!




Monday, March 4, 2013

:: COME BACK ::

Assalamualaikum dan slmt ptg...

ceywahhhh tajuk mcm artis nk buat album la pulak....kikikiki
arini baru jenguk balik blog yg da lama sgt xjenguk. dgn azam baru nk mula m'hapdet balik blog tanpa miss langsung (azam arini la,esok lusa xtau lak jd cmna) :D

OK, I'M BACK!!!!!!!

saya yg semakin muda ;p