Tuesday, December 3, 2013

::DOUBLE STEMCELL::

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum......

Haaa hari ni nk cite pasal produk pulak. Sapa nk cantik angkat tangan? Sapa nk sihat angkat tangan? Sapa takmau cantik dan sihat kan????Semua org nak. Termasuk aku letteww. hikhikhik
Nama produk ini DOUBLE STEMCELL
Apa maksud dia?? Apa kebaikan dia?? sapa yg buleh makan??
Ceywah macam soalan lazim la pulak..hehee
Produk ni adalah untuk mengaktifkan semula sel-sel pada tubuh badan kita agar sentiasa cergas dan bertenaga.

Ok mai sini nk bagitau apa dia yang dikatakan DOUBLE STEMCELL ini:

Double stemcell ni dihasilkan daripada stem epal dan stem anggur. Buah epal ini asalnya daripada Switzerland. Pokoknya ditanam sejak kurun 18 dan berkeupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama jika dibandingkan dengan jenis-jenis yang lain. Pokok epal ini hampir pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Epal ini berbeza dari yang di pasaran, ia mengandungi antioksidan yang tinggi, jika ia gugur dari pokok, sehingga 4 ke 6 bulan ia tidak akan kecut dan busuk. Pokoknya yang tercedera akan pulih dengan cepat.

Untuk pengetahuan semua, Double Stemcell ini boleh dimakan oleh semua peringkat bermula dari baby umur 1 hari sampai la ke orang tua. Lelaki ke perempuan ke semua boleh makan.

Meh nak tunjuk rupa DOUBLE STEMCELL

tadaaaaaaa :)
  
DOUBLE STEMCELL (yg tepi tu TRIPLE STEMCELL, nt kita cite sal triple plak eh)


Meh nak habaq kebaikan dia pulak:
  • Melindungi kulit daripada terkena pancaran UV yang boleh merosakkan sel-sel kulit
  • Membantu meningkatkan daya penyerapan kolegen
  • Meningkatkan stamina fizikal dan peringkat tenaga 
  • Membantu membaiki  dan pertumbuhan sel-sel baru 
  • Membantu membaiki sistem imuniti 
  • Membantu mengurangkan kedut pada kulit muka 
  • Membantu menguatkan sendi dan tulang 
  • Mengurangkan risiko kanser 
  • Melambatkan penuaan 
  • Melaraskan pH dalam badan 
  • Antioksidan 

Cara makan dia tersangat la mudah. Tak perlu nak bancuh2 bagai. Buka dan terus tuang ke dalam mulut tetapi tuang di bawah lidah. Kemam sekejap dan ia akan perlahan-lahan menyerap.



Double Stemcell sebenarnya apabila kita makan dan tuangkan di bawah lidah, sel stem akan pergi melalui saraf kita pergi ke otak dan memberikan isyarat di mana mereka perlu untuk membaiki dan pertumbuhan semula sel-sel mengelilingi luka dan bahagian penyakit, mengawal tahap pH dalam badan, apabila selepas sistem imuniti badan meningkat perlahan-lahan penyakit akan mendapat penyembuhan.

Perlu tahu bahawa Double Stemcell ini tidak menggunakan unsur haiwan langsung. Semata-mata tumbuhan iaitu stem epal dan stem anggur.

Produk ni jgk ada liabilty tau RM3,000,000.. haaaa xpayah takut2 okey!!!

Dan yang paling penting!! Double Stemcell telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ia telah melalui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan SGS  Singapura Makmal Ujian Standard. Produk ini disahkan selamat dan berasaskan tumbuhan 100% .

Siapakah yang memerlukan Double Stemcell ini??
Orang yang mementingkan kesihatan, badannya lemah dan berpenyakit, sayang kepada keluarga mereka, yang ingin menikmati kehidupan mereka dengan sempurna dan sentiasa sibuk dengan banyak penglibatan dan kerja. Haaa sapa2 yang rasa dia seperti di atas boleh la try. Hasilnya memang kebaboooommmmm. Tak caya???? try tengok..hihihi

Sapa nak tau info lebih lanjut boleh pm/wasap saya di 012-4045958(wanie), Fb: wanie_9884@yahoo.com
saya akan beri penerangan lebih detail lg.

OK Peace!!
setakat ni dulu untuk arini
bubye.....
Assalamualaikum.........
Thank you for reading! :)





Monday, November 25, 2013

:(

Assalamualaikum
Selamat petang

Lama kot menghapdet tp arini terasa kerajinan itu dtg utk menghapdetnya (tah pape ayat aku). ok straight 2 d point...uwaaaaa sgt tak de mood arini.ari 1st en hubby takdak di sisi. apa nk buat tuntutan kerja memerlukan pengorbanan. ceywah... 
memandangkan arini ari gaji maka semua benda yg da nak abis kt umah tu nk kena beli lain. so kena shopping sensorang. eeeeeee xbestnyaaaaaaaa!!!
ptg ni kena memulakan operasi tp dh niat dlm hati nk beli sikit je, lebih nt nk tunggu en hubby balik. beli benda yg mmg tak de je...
OMG sangat2 rindukan en hubby!!baru sehari ni mcm mana nk tempuh lg 7 hari?????

Untuk hubby syg,
syg doakan perjalanan abg selamat pergi dan balik.
jgn lupa ole2 untuk kami di rumah ni..heeeeee
buat keja leklok tau...
take care kt tempat org tu
tak sabar nk tunggu abg blk :)

Tuesday, October 29, 2013

::DIA SEORANG IBU::

IBU, MAMA, MAK, MOMMY  n other lah panggilan untuk seorang ibu drpd anak2nya....

Pagi itu............
Seawal pg seorg ibu bangun utk meneruskan rutin hariannya. Kejutkan suami dan anak2 untuk bangun pagi, sediakan sarapan untuk kesemua insan kesayangannya. Bg ibu yang tidak bekerja akan meneruskan segala kerja di rumah setelah suami keluar untuk mencari rezeki manakala anak2 pula keluar untuk menimba ilmu sebanyak yg mungkin di sekolah. Bagi ibu yang bekerja pula seawal pg bangun membasuh pakaian, setelah itu menyidai pula pakaian di ampaian sebelum keluar bekerja. Pulang di petang hari masih ada lagi kerja yang perlu dilakukan. Cuma tinggal masa tidur sahaja masa untuk si ibu berehat sepuas2nya. Itu lah rutin harian seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Sehinggalah...................
Anak2 membesar. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Tp si ibu tetap bersyukur dengan kejayaan si anak biarpun sesekali si anak ada membuat hati si ibu menangis kecewa. Tetapi sekalipun wajah kekecewaan si ibu itu tidak pernah ditunjukkan kepada si anak. Itulah kekuatan seorang ibu. Apabila anak2 membesar dan berjaya adakah anak2 ini akan mengingati si ibu ini????
Sampailah suatu ketika salah seorang si anak berkahwin. Dengan penuh bangga dan gembiranya si ibu ini menyambut kedatangan menantu tersayang. Bercerita sana sini tentang kebaikan si menantu tanpa ada langsung keburukannya. Ya hati si ibu sangatlah gembira.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun.
Suami tersayang jatuh sakit dan pergi menghembuskan nafas terakhir disisi isteri. Alahmdulillah sempat si suami memohon kemaafan kepada si isteri sepanjang hidup bersama dan mengucap dua kalimah syahadah bersama-sama sehingga ke nafas terakhir.

Kini............
Tinggallah si ibu ini keseorangan. Hanya anak2 dan cucu2 pengubat lara di hati. Tapi adakah si anak dapat menggantikan tempat suami tersayang??adakah cucu2 dapat membuatkan nenek mereka melupakan seketika detik bersama tok wan mereka??mungkin hanya senyum dibibir tapi kesedihan dan kepayahan tiada siapa yang tahu.......

Monday, October 14, 2013

:: REUNION ::

Assalamualaikum.......
Selamat pagi.........

1st nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kpd semua pembaca blog aku nih (huhh bajet ada org baca letew). esok raya tp arini masih kerja. mood xbrapa nak syok mai keja tp d sebabkan semlm aku ada reunion ngn kengkawan sekolah maka aku amik mood hepi semlm arini utk mai keja. bole gitu??? kihkihkih

ok tanak panjang2 jom layan pic semalam semasa reunion 
tp sebelum tu nk bgtau agenda kami :p

TEMPAT BERLANGSUNG: PIZZA HUT KANGAR
MASA: 8.00pm (aku ngn en. hubby paling lewat)
BIL. PESERTA: 15 dewasa 2 kanak-kanak (aku ngn en hubby ala-ala bujang gitu)

tu mo buleh makan x tgk mana dh





kenyang makan



pemeriah majlis kaum wanita :)

kalut nk amik gmbq sampai xsedaq kawan lg 2org tadak

hat paling hujung belah kiri jejaka idaman kalbu aku :)


3 dara pingitan ;p

ilebiu hubby syg!!


gelak apa tu??





geng bujang




Friday, September 13, 2013

:: DOA UNTUK ANAK-ANAK ::


MARI SAMA-SAMA KITA MENGAMALKANNNYA UNTUK KEBAIKAN ANAK-ANAK KITA JUGA
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
doa ibubapa kepada anak
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38)
doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41)
doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128)
doa minta keturunan yang baik
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74)
al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79)
doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24)
sura al hashr ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
surah al hashr ayat 23
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24

Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5)
Taha
surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
doa ibubapa pada anaknya
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

:: HAPPY BIRTHDAY HUBBY ::

tgk kpd tittle tu mmg dh tau kan kali ni nk hapdet ttg apa :)
tp telewat 2 hari sbb intenet sgt2lah bengong sepanjang bln ni. gila kot!! (stress sekejap)
ok tanak bebel panjang2, straight 2 d point...

HAPPY BIRTHDAY TO HUBBY SAYANG, SHAIFUL SHAZREEM BIN CHE HALIM yg ke 27 tahun..
semoga abg panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati Allah selalu.
terima kasih abg sebab jadi suami yang terbaik utk syg, papa yang terhebat untuk anak-anak kita.
semoga rumahtangga yang kita bina akan terus kekal hingga ke jannah.
syg sayang abg untuk selamanya..........
 
pada hari tersebut aku buat surprise utk en hubby dgn hantaq bunga ke ofis en hubby, ermmm surprise ke??? time org kedai bunga tu hantaq en hubby tadak kt ofis.. omaigod geram betoi!!!
ok time lunch kitorg keluar berdua.. nk romantik2 la konon2..hehe


happy birthday abg!!

syg+abg
ni lerrr bunga yg surprise tu :)


ni jer lah utk kali ni...
ok babai
assalamualaikum............

Wednesday, August 28, 2013

::SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI::

cer tgk ke tittle..hahahaha..lambat bebenornyaaa nk hapdate kan..tu la kemalasan tu mengatasi segala2nya, campoq lak ngn line tenet yg sesgt slow lg la tahap kemalasan tu meninggi. tambah la aku ni jenis yg xsuka menunggu lama2. ok dah2 tu melalut.

firstly nk ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd sesapa je la yg baca blog aku nih (bajet mcm ada org baca ja)huhuhu.. MAAF ZAHIR & BATIN yerrr..0-0 :)

yang lain2nya biarlah gambar berbicara ;)
nyawa yg aku ada :)

this is me!!

mama+anak teruna

semoga kekal hingga ke hujung nyawa

taraaa tema kitorg raya kali ni
biru+pink

2 heroku
hope dpt protect mama ;)




2nd raya
love is chenta :*

2nd raya

yg ni tah raya ke brpa
get ready to open house umh cikgu oja
waiting 4 cikgu su n cikgu mona

credit 2 apix ;p

gambar amik kt kedai but langsung xmemuaskan!!!