Thursday, September 15, 2011

::BERDUA BERSATU::

::HAPPY BIRTHDAY HUBBY::

kali ni nk citakan kisah 11 september aritu(sori t'lambat di atas sbb2 yg xdpt dielakkan) :)
11 september yang lalu iaitu ari ahad adalah birthday MY LUVLY HUBBY yg ke25 tahun :) aritu jgk hujan kt Perlis ni dr malam tu sampai la ke arini(11sept tu la) masih tak benti. hujan tu plak turun dgn lebatnya. rumah kitorg da dikelilingi air tp alhamdulillah air tu pandai la plak duk kt luar jer. x masok pn lam umah. mcm phm2 la pulok. hujan agak seriat ckit air pn koi kurang. thanx God!! tp bukan benti terus la ujan tu, cuma slow jer pastu lebat blk. eh, termelalut plak tanak ah cita bab ujan ni nk cita bab bitrhday HUBBY tersayang saya tu :)

al-kisahnya saya ni da plan la nk wish birthday HUBBY tu tepat jam 12tgh mlm spt yg dk buat dh sblm2 ni, siap kunci jam lg takut kot t'tido. huhuhu. siang tu kitorg g mas kerajang g amik jam HUBBY. ondway nk p tu ada la org call HUBBY, nk ajak g shoot gmbr akad nikah mlm tu, sblm nk ada la HUBBY ckp kata nk g shoot gmbr wedding je 11hb tu tp yg mlm ni tu bru jer dpt tau. tetiba t'igt lm kepala otak ni, "HUBBY xdak mlm ni rasanya saya nk wt surprise kt dia,leh g cari mlm ni". mlm tu pn buat pertama kalinya saya keluar umah tanpa pengetahuan HUBBY, hope diredhai..huhuhu. saya kuar dgn SIS IN LAW n kak long(member SIL). plan saya nk wt cupcake dgn design yg saya pk sndiri. 1st kitorg g secret recipe, "sory dik,kitorg tak terima dh tempahan utk cupcake" agak frust. xpe kedai seterusnya (GARDEN) "boleh tp kena bwk gmbr klu nk design sndiri,kitorg xleh buat klu xtgk gmbr, xleh nk fkr, bla bla bla bla" argh ckp byk la plak org tua ni,xdan aku nk ckp ko da potong ckp aku, mcmni ka layan pelanggan??(dgn hati yg agak bengang). pastu kedai seterusnya(SAYANG*nama kedai tu*) "ok boleh wt tp yg simple2 jer klu yg mcm kak nak xbleh sbb esok chef cuti" pulak dh. hadoi. lm hati t'pk alamak xkan xjd kot surprise aku ni :( ke kedai yg seterusnya "sory kami tak buat cupcake" hancur luluh hati ini. huhuhu. maka habis la kedai kek yg ada kt perlis ni :(
tgh drive nk balik umah tetiba tingat kt saya punya member yg maksu dia dk wt cupcake, hope kali ni b'jaya la. elok smpai umh, member saya pm bg num tpon kwn mksu dia yg dk wt cupcake kt kangar tp dh lewat xkn la plak nk call org ni tgh2 mlm cmni, redha jer la. tggu esok la plak. hurmmmm (frust sgttttttt)
anak2 pn da tdo semuanya, tp mana PAPA ni xbalik lg, tepat jam 12tgh mlm saya pn dgn excitednya call la HUBBY tp frust la plak sbb xdpt. sblm tu ada la HUBBY sms bgtau kata umah pengantin tu kt cerok mana tah line xbpa nk clear. tgh landing2 atas katil tp xleh tdo lg, HUBBY call balik ckp ondway nk balik, saya pn wish birthday HUBBY skli tp agak x best sbb tak tepat 12tghmlm. huhu.
esok pgnya awal2 saya da call org tu, tp xb'jawab la pulak, haih apa la nasib :( tetiba tgh saya sembang ngn HUBBY org tu call balik maka t'kantoi la surprise itu. hahaha. tp xpe HUBBY xtau lg design tu yg mcm mana :) tp kwn tu ckp plak esok mlm baru bleh siap, erm xpe la janji ada surprise tu walaupn da x surprise.
gumbiranya hati. hahahahaha

ni nk cita hari 12hb tu pulak(cita rewind gk nih) hari yg cupcake saya tu siap, pg tu g keja cm biasa, sblm tu antar ABG NGAH g skolah dlu, tgh syok drive, eh pesal byk keta pusing balik nih, tetiba terpandang "AWAS BANJIR DIHADAPAN" lorr ayaq naik ka? erm, saya pn berpatah balik la samula sblm tu call HUBBY dlu ckp xleh lalu ikut jln tu.
mlm tu saya n HUBBY g amik cupcake surprise yg xjd surprise dh tu kt kuala perlis. elok dpt jer cupcake tu terus tgk jd tak yg mcm saya bayangkan. erm, jd tp saya bayangkan agak berlebihan ckit dr tu, tp xpe saya berpuas hati :D n yg paling penting HUBBY juga suka :)

ni la hasil cupcake yg di design last minute :)
HAPPY BELATED BIRTHDAY abg
moga pjg umo dan menjadi suami n papa yg soleh untuk syg n anak2
we love u much2 more :*


Tuesday, September 6, 2011

::RAYA ::

kali ni nak cerita tentang raya KAMI dr raya pertama sampai la raya ke7..sbb pe sampai raya ke7 ja???sebab raya ke8 da stat keja. lepas2 ni klu ada lg saya akan update tu pn klu rajin la..huhu




RAYA PERTAMA
wif keluarga mentua-lepas sembahyang raya n sblm p kubur





pic dgn famili saya tade sbb dorg sibuk sgt wt apa tah smpai xdan nk b'gambar :(


RAYA KEDUA



ni tema baju raya ke2 kami :)







anak-anak tersayang :*


RAYA KETIGA
da tade pic..huhuhu tp tema baju raya KAMI utk raya ke3 adalah kaler kuning nk dekat2 oren dh. kaler ape erk org pggl kaler cmtu??hihihi
yg bestnyer raya ke3 ni sbb abg saya yg sulong nk blk kg(ceywah mcm lama je xjumpa) huhu. mcm2 yg kitorg plan sepanjang abg saya ada kt kampung ni. tp sementara tunggu abg saya sampai tu kitorg g makan kenduri cikgu ABG NGAH kawen......


ni la cikgu abg ngah-cikgu mardu

SELAMAT PENGANTIN BARU

RAYA KEEMPAT

hohoho.. arini kitorg plan nk g wang kelian. sja. jln2 cuci mata :)
famili saya+famili bang man. hubby sbg jurukamera so tade la gambar








pas balik dr wang kelian kitorg g gua kelam :)


RAYA KELIMA
arini da set wat makan2 kt umah famili saya. menu kitorg perut lilit bakar+daging bakar+air asam+masak lemak ikan kering ngn terung+ayam percik+ikan temenung a.k.a ikan kembung masak stim. huh! menu mmg mabelessssss.. tp saya nk mtk maaf byk2 kt semua org yg makan tu sbb perut lilit tu t'lebih garam.. muahahahaha.. SORRY (KESILAPAN YG TAK DISENGAJAKAN) huhuhu
raya ke5 pn tade pic sbb cbuk memasak n MY LUVLY HUBBY cbuk membakar lauk pauk :)
lps makan semua t'lentang. ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz



RAYA KEENAM
huhhh!! agak xseronok sbb bang man da nk balik tepeng(da umah dia kt sana mesti la dia nk balik) huhu
semalam bang man da ckp on d way dia nk balik tu dia nk singgah umah saya dlu, maka pg tu saya bgn agak awal dr biasa ;) tgh masak megi utk sarapan (ops t'lepas ckp plak) hahaha tp saya bukan seorang wife n mama yg pemalas yer, tp MY LUVLY HUBBY yg mengidam nk makan megi pagi2 nih, so saya pn wt la utk MY LUVLY HUBBY. klu x caya tanya la HUBBY saya :) tp megi HUBBY wt lg sedap. hihi.. ok la sambung blk cita td, tgh masak megi tu, hp kesygn saya pn b'bunyi n tgk abg kesygn saya tu la call tp dan lg cakap kt MY LUVLY HUBBY "bang man nk mai dh apa". jawab la tpon tu tgk2 bang man tpon bgtau yg abg saya yg 2nd tu xcident. hahhh! agak t'kejut time tu tp bila bang man ckp org tade pape cuma keta jer teruk. fuh! lega. ALHAMDULILLAH.....


KDA 6700



RAYA KETUJUH
da tade sapa2 lg kt umh. semua org da blk umh sendiri n mula bekerja. tp saya n MY LUVLY HUBBY xkeja lg arini. sgttttttttttt sukaaaaaaaaaa :D kitorg ada urusan sikit arini so tambah cuti lg sehari. arini saya+MY LUVLY HUBBY+baby AIRIL FARIS pegi alor star arini. ABG LONG xpegi sbb sakit mata, oh ya! agak kureng skit raya tahun ni sbb anak saya yg 1st tu sakit mata. sian dia :( ABG NGAH lak tanak ikut. agak hairan bin ajaib la pulak awat la ABG NGAH tanak ikut, smpai ke n3 ni dipost masih belum dpt jwpn lg. salunya dia la yg paling kalut sekali bila nmpak MAMA+PAPA bersiap nk keluar :)

**setakat ini saja dulu cerita RAYA saya.. klu ada tambahan saya akan update kemudian.. byeee!!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN









Sunday, July 31, 2011

::AHLAN YA RAMADHAN::






Assalamualaikum....
sekiranya petang ini nampak anak bulan maka berpuasa lah semua umat Islam di dunia ini pada esok hari..
Bermula lah Ramadhan 1432H

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

*SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI AKAN LEBIH BERMAKNA DARI TAHUN SEBELUMNYA*

::MENCINTAIMU SETULUS HATIKU::



Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Air matamu adalah kesedihanku
Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan
Ikatan ini terawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu
Wahai bintang, bulan dan angin
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepada suamiku
Sungguh aku sangat mencintaimu suamiku SHAIFUL SHAZREEM kerana Allah
Semoga ikatan kasih ini akan berkekalan hendaknya untuk selama-lamanya........ 

suamiku tersayang





Wednesday, June 29, 2011

::NASI AYAM PUNYA CERITA::

bangun tidoq pagi ni dengan semangatnya saya nk buat nasi ayam. asal plannya nk wt ptg kelmarin sbb marin saya berpuasa ganti. tp lepas balik keja n dh beli brg semua tgk2 MOM IN LAW da masak, so terpaksa la di postpone nasi ayam saya tu ke hari ni. bangun pagi ni jer, terus mandi n mandikan anak2, sambil tu masukkan baju dlm washing machine sekali. elok saya sudah mandi n mandikan anak2 washing machine tu pn abis kerjanya, so terus la sidai baju sekali. then bermula la kerja saya untuk masakkan nasi ayam pada hari ini dan inilah jugak yg pertama kalinya saya wt nasi ayam :) nasibla  si BABY AIRIL FARIS pn xwt perangai arini, cuma dah nk sudah masak semuanya baru  la dia merengek ckit sbb mengantuk.
bermula dengan membasuh ayam sampai la nasi ayam saya jadi sempurna, sepanjang masa tu saya sentiasa berdoa supaya nasi ayam saya ni menjadi. hihihi.. dan akhirnya menjadi jugak nasi ayam saya... yg paling best sekali dapat pujian dari MY LUVLY HUBBY la.. hihihi

taraaaaaaaa ini la nasi ayam saya yg dh siap

jom makan :)

* tqvm kepada kak fiq n watie di atas resipi  yang sanggup kalian berdua kongsikan

Tuesday, May 24, 2011

::DATING WIF MY LUVLY HUBBY::

hohoho........... cuti mggu ke2 semasa saya kt tempat kursus ni akan di isi sepenuhnya sbb MY LUVLY HUBBY nk mai kt saya. YESS!!!! sukanya tak terkata. hahaha..... sabtu tu saya ada kelas sampai kul1, tp MY LUVLY HUBBY dr jam 10pg da sampai kt depan hotel. xsabar nk jumpa wife dia. hihihi....... abis jer kelas saya pn terus bergegas keluar hotel, ye la nu HUBBY da tggu kt bwh. sukanya bila dpt jmpa MY LUVLY HUBBY. senyum jer memanjang sepanjang lm keta tu. :D hensem la tgk MY LUVLY HUBBY setelah bercukur janggut. hihihi.........  MY LUVLY HUBBY bwk anak saya yg 2nd ja, yg lennya xbawa sbb yg 1st ada pertandingan mewarna kt bank rakyat, yg kecik mmg sah2 la xleh nk bwk. rndu kt dorg....

1st sekali kitorg terus g KL, cari bilik nk check in. sian MY LUVLY HUBBY letih drive semlm. ;) dia nk rest kejap. pastu mlm kitorg g jenjalan kt I-CITY shah alam. lama dh tingin nk p tgk lampu bergemerlapan kt situ, akhirnya bleh p jgk. alhamdulillah :) 

arini sambung lg jenjalan. boleh gk lepas tension setelah berkursus selama 2mggu. masa kursus rasa penuh kepala otak menanggung segala mcm ilmu. ni lah masanya nk lepaskan semuanya. huhuhu. kitorg g jenjalan kt KLCC, times square, n putrajaya. masa kt times square tu mula igt nk nek roller coaster tp bla tgk org nek jer eeeee takut la plak, x berani saya. hahaha...... yg bestnyer part mkn, mcm2 nk mkn rasa bla dh dk ngan MY LUVLY HUBBY :) pastu nk tgk nur kasih tp dh mula da pn. klu tggu yg seterusnya lewat la plak, xleh nk jenjalan kt tempat lain dh. len kali lah.

erm, ni part yg paling tak best, uwaaaaaa MY LUVLY HUBBY da nk balik. st jer rasa 2hari berlalu. sedihnyer time tu rasa mcm xnak bg MY LUVLY HUBBY balik ja. huhuhu.... tp terpaksa la kuatkan semangat lg 2mggu akan berakhir la kursus ni. :) tak sabar nk tggu aritu........ 

gambar?? sure ada tp MY LUVLY HUBBY bwk balik sbb hanya ada lm kamera dia ja, so xde la nk upload gmbr kali ni yer.... :)

Saturday, May 14, 2011

::KEHIDUPAN DI TEMPAT KURSUS::

erm, arini da masuk hari ke8 saya kt sini. perasaan? owh God! hanya Tuhan jer yg fhm apa yg saya rasa sekarang ni. miss miss miss miss miss them much much much much much more. tak tercerita dh ni. kalau lah dekat rasanya dh lama saya balik walaupun cuti hanya sehari. tambah2 pulak bila MY LUVLY HUBBY cakap anak saya yg 2nd tu bangun jer dari tido ptg td terus qeyau, bla tnya awat, dia cakap 'jom p amik mama'.. saya yg dengar kt sini ni da bergenang ayaq mata. klu terus dilayan or ada org tegur jer saya rasa conform ayaq mata ni laju ja kuar. saya cuba isikan masa saya kt sini dgn aktiviti supaya saya tak terlalu ikut perasaan, saya juga siap pesan kt kawan2 saya jgn tinggalkan saya sorg2, sbb klu masa saya dk sorg2 tu la saya akan jd tak tentu arah. minggu ni kelas mlm tak de, mggu depan n seterusnya memang full kelas malam. rasanya minggu depan saya akan mula sibuk dgn segala assigment n exam pertama. tp bila difikirkan balik, baik saya sibuk daripada saya free. time free tu la saya akan mula fkrkan mcm2. klu saya ikutkan sgt perasaan ni, gelong la saya. hihihi

makanan kt sini?? uhh mabeles gilerrr. tp baru seminggu kt sini saya da mula rasa jemu dgn makanan yg ada. makanan tak sama setiap hari n byk pilihan tp saya rasa mknn kt sini klu tak masin mesti tawar n klu tak tawar mesti masin, tak pernah la kata yg nk rasa btul2 garam dia tu. hihihi.. ewah komplen lak saya ni :) saya juga da mula plan dgn kawan2 saya utk buat aktiviti sikit bla ada masa lapang. asyik makan jer tak buat aktiviti sukan apa mai time nk balik nt mau besaq tong dram badan. ptg tadi da mula kuar jog :) tp jog ke?? rasa mcm berjalan jer. hahaha.. apapun janji ada la jugak exercise :) 

dalam kelas??erm, overall ok la, not bad. ceywah.. hihihi..  saya pn pernah masuk kumpulan dgn geng penyelia, dorg pn ok, boleh bekerjasama, xla nk kekwat n yang penting kt sini semua setaraf jer, xder ikut pangkat. buat kerja sama2, idea penyelia2 bagus n idea kami pn boleh diterima dorg. dorg banyak pengalaman so idea dorg lebih bernas n idea kitorg juga dorg hormati. 
cuti??yeayy, esok cuti la tp xbes pn. klu bley balik bes la. kitorg pn xplan la lg nk p mana2. yg ada dlm kepala otak ni esok cuti dan boleh tdo, nk cover yg lepas2. hihihi


ni room mate saya




ni time makan :)

sebelum masuk kelas

ni pn sblm masuk kelas gk :)

pemandangan bawah dr atas bilik

time jog.. ibu mengandung pn tumpang :)

Wednesday, May 11, 2011

::MISS THEM::

arini da masuk hari ke4 saya kt tempat kursus. ada lagi 23 hari lagi utk saya menghabiskan masa kursus ni. arghhh lambatnya rasa masa berlalu. saya teramat merindui MY HEROES n MY LUVLY HUBBY. saya tak tau mcm mana nk hadapi hari yg seterusnya lg. ini baru permulaan kursus, 10% pn belum lagi :(

hari ni jugak MY LUVLY HUBBY kena kursus 2 hari. kesian anak2 kt rumah. tapi apalah daya kami nk menolak semua ni, apa yg kami buat ni pn untuk OUR HEROES jgk. erm, perasaan saya??entahlah kadang2 ok kadang2 bengong. jadual lak saya rasa agak padat, hari sabtu pn ada kelas, ahad jer cuti. klu tak bleh balik :( 
apala agaknya ANAK-ANAK mama tgh buat sekarang kan??? saya da cuba wt skype video call kt MY LUVLY HUBBY, saya da boleh tp MY LUVLY HUBBY lak tak boleh nk download, tenet slow sangat kt umah. video call kt YM dah lekat2 lak. tp ok la jgk boleh tgk muka anak2 real. membilang hari jer saya kt sini.



Tuesday, May 10, 2011

::KURSUS PENDIDIK PERMATA ANAK NEGARA::

bermula la perjalanan saya ke tempat kursus pada malam 7/5/2011 dengan menaiki bas shamisha holiday jam 1030pm tp jlnnya pukul 1100pm. dengan sgt2 berat hati terpaksa meninggalkan EN. SOMI yang tercinta dan ANAK2 yang tersayang (sedih gilerrrrrr) :'( kuar dr umah lm kul 930pm mcm tu, kuar awal cz nk beli sikit brg yg perlu dibawa. oh ya! yup, tentulah MY LUVLY HUBBY yang antarkan dgn anak2 saya iaitu ABG LONG n ABG NGAH, si baby AIRIL FARIS xbawa cz nanti nk balik susah plak MY LUVLY HUBBY nk drive klu bwk dia, dh la mlm2 gini. sedihnyer masa kuar umah tu, BABY nangeh nk ikut kitorg semua, mcm tau2 jer mama nk tinggalkan dia sebulan, tahan la airmata ni dr gugur, lm hati Tuhan ja yg tau. huhuhu. dh naik bas lak ABG LONG n ABG NGAH punya la salam n kiss saya smpai penuh muka ni dorg kiss, klu bley semua tempat rasanya dorg nk kiss. n then cm biasa salam ngn MY LUVLY HUBBY n kiss. sayu jer rasa hati.........

sampai Kajang lm pukul 6.00am lebih2 cmtu la, p makan kt kedai kt stesen bas  tu pastu lm kul8.00am, smpai kt HOTEL RESIDENCE xder lagi org sampai, kitorg jer yang awal, dk la tunggu kt lobi tu dh bilik xder lagi kena tunggu org check-out dulu. mmg letih sangat. bila dh dpt bilik jer kalut jer serbu, nk tido la semlm tak ketahuan tido masa atas bas. rehat jp pastu kuar mkn tghari. mak oiiii bapak jauhnyer kedai mkn, tghari ni kt cafe hotel ada org wt majlis so kena la p foodcourt yg agak jauh, letih berjalan elok smpai bilik lapar balik, hahaha.. pas makan apalagi tido terbongkang la kitog.. 
BERMULA LA PEJALANAN KURSUS SAYA BERMULA  HARI INI...................................................

tempat saya akan berkampung selama sebulan

Sunday, May 8, 2011

:: SELAMAT HARI IBU ::

hari ni 8 MAC 2011 ada HARI IBU sedunia. sempena hari ibu ni saya nk ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada IBU saya yg tersayang dan IBU MENTUA saya yang tercinta:

UNTUK MAK
terima kasih di atas segala pengorbanan mak kepada nie(panggilan mak saya utk saya). mak dh byk berkorban utk nie dan keluarga, jasa mak tak mampu nie balas walau dgn apa cara sekalipun. kasih mak tak pernah berbelah bahagi antara kami adik beradik. mak sanggup wt apa saja utk kita sekeluarga walaupun diri mak sendiri yg tersiksa. kalau anak2 mak hadapi kesusahan mak akan lakukan apa saja asalkan kami semua boleh hadapi kesusahan walaupun ayah tak setuju dgn apa yg mak lakukan tp mak tetap nk buat demi untuk anak2 mak. byk yg mak korbankan untuk kami. nie byk buat silap kt mak tp mak langsung tak pernah merungut atau mengeluh, mak sabar sabar hadapi karenah nie yg mcm2 ni. mak fhm apa yg anak mak nk tp anak2 mak tak pernah memahami mak tp mak percayalah sekarang ni sejak nie dh jadi ibu nie dh sedar bagaimana rasanya seorang ibu itu. nie tau mak nk korbankan segalanya untuk anak2 mak tp mak juga terikat dengan tangungjawab mak sebagai isteri. nie sayang mak sgt2. sekali lg terima kasih yg tak terhingga untuk my MAK yang sgt2 saya sayang PN. ZAITON BINTI ABAS
UNTUK MY MOM IN LAW
first sekali wanie nk ucapkan SELAMAT HARI IBU utk mak. terima kasih di atas segala pengorbanan mak untuk wanie selama wanie jadi menantu mak. mak dh wanie anggap mcm mak wanie sendiri. masa wanie dlm pantang, mak jaga wanie dengan baik sekali, bangun awal pagi mak sediakan sarapan utk wanie,panaskan tungku utk wanie tungku dan mcm2 lagi. tak terhingga ucapan terima kasih wanie utk mak. kadang2 juga mak yg ironkan baju keja wanie n abg, tu tak masuk lagi pengorbanan mak utk anak2 wanie iaitu cucu2 mak yg mana yg tulah manis dan yg tulah pahit. wanie sayang mak sgt2, lastly, terima kasih yg tak terhingga juga utk MY MOM IN LAW PN. SUZANA BT SEMAN

UNTUK DIRI SENDIRI
wahhh kali ni saya menyambut hari ibu utk yg ke enam kalinya, dulu tak berapa sgt tau ttg hari ibu ni tp skrg da pandai cket. haha.. thn lepas anak saya yg 1st bagi saya kad yg sgt cantek, dia buat kt sekolah dgn cikgu dia, yg 2nd n last tu tak tau lg. diorg masih kecik lg, xphm apa la ari ibu tu. hihihi...tp thn ni hari ibu tak dapat saya sambut wif anak2 saya sbb saya kena menghadiri KURSUS PERMATA selama sebulan yg diadakan di BANGI :( sedih sgt
pg2 lg MY LUVLY HUBBY dh bbm kt saya wish 'SELAMAT HARI IBU untuk SYG  <3<3   :*   <3' (ni la ucapan MY LUVLY HUBBY utk saya. thanx a lot abg  :*  semoga kita dapat membahagiakan anak2 kita dengan penuh kasih sayang, dpt pendidikan sempurna dan mcm2 lagi la asalkan semuanya sempurna utk anak2 :)



 LAKARAN KASIH BUAT IBU

Ibu….
Wajahmu sentiasa memancar ceria
Bibirmu tersulam senyum bahagia
Walau derita menyuntik sengsara
Kau sabar harunginya

Ibu…
Kau korbankan segala demi anakmu
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku
Pengorbananmu cukup bermakna
Pengorbananmu  amat berharga
Ikhlasnya kau melimpahkan kasih
Setianya kau menyulam sayang
Teguhnya ikatan mesra
Ibarat karang di lautan sana
Budi yang kau semai
Hanya tuhan yang tahu menilai
Tulusnya budi membentuk sahsiah terpuji

Ibu…
Hanya kau ratu hatiku
Hanya kau cahaya kasihku
Terima kasih ku rangkaikan
Atas untaian cinta yang kau sembahkan
Ku iring doa sepanjang hidupmu
Moga kau bahagia meniti usia
Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…


Friday, May 6, 2011

::KURSUS OH KURSUS::

erm, bab kursus again. kali saya perlu menghadiri kursus PERMATA yang akan diadakan di HOTEL RESIDENCE kt bangi selama 1 bulan n praktikal selama 2 minggu yg tak tau lg tempatnya kt mana. huhuhu... tak tau apa yg ada dlm fikiran n kepala otak saya sekarang ni tp yg pastinya saya langsung tak ready utk ke kursus tu. last minute baru dapat tau, tak sempat nk amik mood utk ke kursus. ceywah.. mcm2 yg saya fikirkan xpecially MY SONS, sebulan tu rasa mcm sgt2 lama. dulu saya da pernah kursus sebulan tp tak pe cikit sbb dekat penang jer, MY LUVLY HUBBY bley bawa anak2 pegi kt saya or saya balik sini tp ni jauh, jenuh jgk la klu nk pegi salu. n yg paling sayu sekali nk tggl si kecik AIRIL FARIS la, klu yg besar leh gk cakap2 tpon lepaskan rindu, ni si baby nk cakap cmna dh cakap pn xbley lagi. sian jgk kt MY LUVLY HUBBY nk kena iron baju sendiri la, jaga anak sorg2 la, pagi2 lak cmna dgn anak nk sekolah la, salunya kitorg bahagi antar anak, saya antar ABG LONG n MY LUVLY HUBBY antar ABG NGAH. jenuh kalut la start minggu depan,  ishk! mcm2 saya fikirkan. tp nk buat cmna terpaksa pergi jugak demi sebuah kerjaya. :) (senyum p la tp lm hati Tuhan ja yg tau) huhu

pesanan utk MY LUVLY HUBBY:
abg, jaga diri abg elok2 tau n jaga anak2 juga, syg memang rasa berat nk tinggalkan tp nk wt cmna dh syg pilih keja mcm ni terpaksa la ikut arahan. memang semua kena p n sekarang dh sampai turn syg utk pegi plak. abg dk kt sini jgn nakal2 tau!! :) nt bila free p la kt syg, huhuhu.. sayanggggggggggggg sgt kt abg n anak2.. mmmmmmmmuahhhhhhhhhhhhh!!!



:: NASI KERABU ::

sebenarnya hari ni saya nk ceritakan ttg makanan yg saya teringin sgt nk mkn sejak 2 menjak (not preggy ok!!). mulut terasa sgt nk mkn makanan yg di buat oleh sedara saya dr seberang iaitu SATUN. so saya pn ajak la MY LUVLY HUBBY balik sana, balik sehari pn cukup sbb bukan nk g jenjalan pn hanya nak balik untuk makan jer :). dari satu tarikh ke satu tarikh di plan nk balik semuanya tak menjadi di atas sebab2 yg tak dapat nk di elakkan. kempunan la saya. huhu.....

satu hari tu saya balik dari keja cm biasa la, time tu dh lupa da pn bab nk makan makanan kt sana ni, tgk2 kt atas meja makan ada nasi kerabu 4bungkus. kalut jer tanya MOM IN LAW 'sapa bagi tu mak?' MOM IN LAW cakap sedara saya ada balik sana n tok su kirim utk kami. wahhhhh sedap nih!! saya pn apa lagi tak sempat nk mandi dah makan dulu la, coz da lama teringin sgt nk mkn nasi kerabu ni. lepas makan tu blurppp, ALHAMDULILLAH kenyang tak sangga. pic tak der yer sbb xsempat nak snap lebih senang dikatakan saya tak teringat pn nk snap gambar nasi kerabu tu masa tu. hihihi

Saturday, April 30, 2011

:: SIAPAKAH MALAIKAT ITU? ::

Pada suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya "sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan kedunia." Sesungguhnya bayi itu amat takut sekali, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yg dia belum pernah melihatnya lagi. lalu bayi ini pun bertanyakan kepada Penciptanya " selama ini ada malaikat yang menjagaku dan para malaikat ini memberitahu bahawa aku akan dilahirkan ke dunia yg sgt indah tp bagaimana untuk aku hidup didunia yg sgt indah itu sedangkan aku masih lemah dan tubuhku masih lg kecil?"

Lalu Penciptanya menjawab "engkau jgn takut, sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjagamu dan mengasihimu semasa kamu di dunia nanti." akibat masih lagi takut, bayi itu bertanya lagi "dunia itu pasti berbeza dgn syurgaku sekarang, jika sekarang aku boleh bermain, menyanyi, dan ketawa yg membuatkan ku terasa bahagia. Bagaimana pula di dunia itu nanti?"

Lalu Penciptanya menjawab "jangan takut kerana malaikat yg Ku pilihkan itu akan menyanyikan untuk kamu, menghadiahkan kamu dengan senyuman dan kasihnya akan membuatkan kamu rasa bahagia sepanjang hayatmu." Bayi itu masih belum puas hati lalu dia bertanya lagi kepada Penciptanya "aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami bahasa aku, bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikat yg Ku pilih itu akan berbicara denganmu dgn bahasa yg paling indah, paling lembut dan penuh dengan kesabaran untuk mengajar kamu berbicara." Bayi itu bertanya lagi "bagaimana caranya untuk aku berbicara denganMu kelak?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikat itu akan mengajar mu nanti." Bayi itu masih terus bertanya "aku dgr di dunia itu ramai orang jahat, jadi siapa yg akan melindungiku nanti?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikatmu itu yg akan melindungimu dan menjagamu nanti dengan segenap jiwa dan raganya sekalipun akan mengorbankan dirinya sendiri." dan dengan sedih, bayi itu bertanya lagi "aku sedih kerana aku tidak dapat bersama dengan Mu lagi."

Lalu Penciptanya menjawab "usah bimbang, malaikatmu itu akan menceritakan tentangKu kepadamu kelak dan malaikatmu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepadaKu bila sampai masanya nanti, sesungguhnya Aku akan sentiasa berada di sisi mu."
Dan sebelum diturunkan kedunia bayi itu bertanyakan soalan yang terakhir "siapakah  nama malaikat yang engkau pilihkan untuk aku itu?"

Lalu Penciptanya menjawab "IBU! IBU YANG MELAHIRKAN ENGKAU!!"

indahnya kebesaran Tuhan


alhamdulillah






Monday, April 25, 2011

::GUA KELAM::

arini kitorg rancang nk g picnic kt GUA KELAM. mggu lps dh pegi jer tp tak mandi ABG LONG n dk gaduh sgt nk mandi, tu yg kitorg plan nk g picnic mggu nintu. org yg paling xcited nk pegi tentulah ABG NGAH ABGLONG, yg ABG NGAH lak hanya ikut jer klu dh ABG LONG sonok dia pn ikut sonok lah :)

yang pegi adalah saya, MY LUVLY HUBBY, MOM & DAD IN LAW, ANGAH, SIS IN LAW n sebelah TOK MY LUVLY HUBBY. kitorg bertolak lebih kurang dalam pukul 2pm. plannyer nk p awal tp tau2 jer la. bgn pagi tu saya terus mandi n mandikan anak2 sekali, pastu saya kemas bilik lak, buang sawang, sapu sampah, mop lantai, pastu kutip cadar lak utk di basuh, jemur bantal sekali, pastu iron baju utk dipakai keja utk mggu ni. lps siap iron baju saya tolong MOM IN LAW masak n buatkan bubur nasi utk lil baby AIRIL FARIS. tgh buat semua tu dgr la pulak 'tit tit tit tit tit'. itu tandanya baju yg dalam washing machine da siap dicuci :) so bergegas la pulak sidai baju. wahhh rupanya banyak betul saya wt keja pg ni yer :) TAHNIAH utk diri saya :) pas siap semua tu saya tggu MOM IN LAW n SIS IN LAW balik dr kangar. dorg g kangar sbb nk carikan SIS IN LAW kasut utk dia intebiu ari rabu ni. pnt la saya rasa arini, n bukan saya jer MOM IN LAW n SIS IN LAW pn mesti penat gk. lps dorg balik dr kangar baru lah kitorg gerak g GUA KELAM.

sonoknya tgk anak2 saya yg 1st n 2nd tu, happy sangat2. tak sabar2 nk mandi dorg, dorg dr umah lg saya da suruh pakai baju utk mandi siap2, senang nt tak kalut nk tukar2 baju, cuma lps mandi jer tukar. bukan main sonok lg dorg, yg BABY lak langsung tak takut, siap tarik tangan PAPA lg ajak masuk dlm air. menu kitorg berkelah kali ni NASI PUTIH+AYAM GORENG+SAYUR REBUNG+UDANG GORENG KUNYIT+DAGING BAKAR+PERUT REBUS n of course la SAMBAL BELACAN. lebih kurang dlm pukul 4 lbh tu kitorg da mula bersiap2 nk balik sbb SIS IN LAW n TOK nk pegi keja plak. saya, MY LUVLY HUBBY n anak2 lak tak terus balik, kitorg terus g PADANG BESAR, saja la jln2. saya tak beli apan kt padang besar just tgk2 jer, MY LUVLY HUBBY pn sama, tak der apa yg berkenan dihati. hanya ABG LONG n ABG NGAH jer beli topeng, tu jer la dorg kemana pn hanya ada dlm mind dorg MAINAN. kali ni TOPENG MUKA pilihan dorg.
lps balik dr padang besar tu kitorg terus g KUALA PERLIS, MY LUVLY HUBBY nk g snap gambar matahari terbenam la pulak, elok nk balik tu nmpak geng gen2 n satria neo berderet jer kt tepi jln kt pantai tu pastu nmpak la keta kawan saya, then kami pn join sekali la ngn geng tu tp kejap jer cz da senja.






Saturday, April 23, 2011

::KYON KI::

malam ni layan cita hindustan ngn MY LUVLY HUBBY. best gk sekali sekala layan hindustan ni :) tambah2 lak part romantik masa dorg menyanyi n menari tu, tgk lak ngn MY LUVLY HUBBY, rasa macam kitorg lak yg dk menari tu, hahaha. best la cita ni sampai saya pn rasa mcm nk nangis ja masa last2 cita tu. huhu

kisahnya :
HERO dalam cita ni adalah ANAND n heroin lak adalah TANVI. mualnya si anand ni bercinta dgn MAYA. percintaan dorg ni mmg penuh dgn gelak, tawa, romantik n mcm2 lg lah. maya ni anak yatim piatu, mulanya dia tak terima cinta anand n anand pn uji la maya sbb anand tahu yg maya cintakan dia tp maya tak nak mengaku, anand cuba utk bakar diri dia sendiri n then maya pn mengalah dgn mengatakan dia mmg cintakan anand, pastu giliran maya lak nk kenakan anand, dia cakap dia tak pandai menunggang kuda dan tak pandai drive. punya la anand ajar maya sampai la anand yg terkena balik. kesian anand, hihi. sampai la hari pernikahan dorg, satu majlis diadakan utk meraikan perkahwinan dorg tu, kali ni maya cakap kt anand dia tak pandai berenang, anand lak igtkan maya saja nk kenakan dia sekali lg, apalg anand pn agkat maya dan baling maya ke dlm kolam yg ada kt situ, anand pn pergi utk membayar bil dan tgglkan maya, selepas anand dtg blk utk jumpa maya, maya dh terdampar kt dasar kolam tu. rupa2nya mmg maya tak pandai berenang. selepas tu anand pulak di sahkan menghidap skizofrenia dan dimasukkan ke hospital sakit mental. masa kt situ lah dia berjumpa dgn tanvi. tanvi adalah doktor kt situ. tanvi berjaya  pulihkan anand n mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain. tp percintaan dorg di halang oleh ayah tanvi. ayah tanvi pulak adalah bos kt hospital tu. ayah tanvi jugak dh ada calon suami utk tanvi, ayah tanvi buatkan anand jd gila semula, n bukan setakat gila dia buatkan anand jd seperti mayat hidup. anand tak boleh bercakap, tak boleh bangun, tak boleh buat apa pn, dia hanya terbaring di atas katil. sampai la suatu malam tu ada seorg lg doktor kt situ namanya sunil, dia nk bantu keluarkan anand dari hospital tu sbb dia yakin anand mmg dh pulih, n mlm tu jgk tanvi akan melarikan diri dgn anand dgn bantuan sunil. sunil pn masuk ke dlm wad, masa tu semua org dlm wad tgh tido. dia cuba kejutkan anand tp setelah dia lihat ada tanda pada leher anand baru lah dia tahu yg ayah tanvi telah inject anand utk jadikan dia mayat hidup. sunil menangis bagai nk gila sbb dia mmg sayangkan anand, sbnrnya anand adalah anak org gaji rumah dia masa dia kecik dulu, dia dh anggap anand mcm adik dia sendiri, dorg terpisah dh lama n dia tak sangka akan jumpa anand dlm keadaan anand mcm tu. bila anand dh berjaya pulih, ayah tanvi pulak buat dia mcm tu, mmg sunil marah. sunil tak sanggup nk tgk anand terus jd mayat hidup, n sunil pn amik bantal n tekup muka anand sampai lah anand mati. sunil pegi kt bilik ayah tanvi n suruh call polis dan bgtahu yg dia telah bunuh anand semata2 nk puaskan hati bos dia, dlm masa tu jgk tanvi terdengar apa yg sunil bgtahu ayahnya, tanvi telah bersedia dgn beg pakaian yg besar utk melarikan diri dgn anand jatuh terduduk setelah terdengar semuanya. last sekali, setalah anand mati, tanvi pulak jd gila, tanvi dimasukkan ke hospital berkenaan dan memakai pakaian yg sama dgn anand pakai dulu iaitu baju bernombor 36.

hurm drpd cerita ni nmpak sgt yg kerana kekayaan manusia sggp buat apa saja walaupn akhir sekali dirinya yg merana.


Wednesday, April 20, 2011

::CAN'T WAIT::

yeay yeay kejap lg MY LUVLY HUBBY akan sampai, INSYAALLAH setelah 3hari berkursus. tak sabar saya rasa nk menunggu kepulangan MY LUVLY HUBBY. bukan tak biasa kena tinggal, memang salu MY LUVLY HUBBY kena kursus tapi kali ni rasa lain mcm jer, entah la kenapa. mybe sbb saya demam kot tu yg jd macam tu. tp now saya dah lega demam (ceywah dan2 lega bla HUBBY nk blk) hahaha

MY LUVLY HUBBY cakap dia naik bas malam kul 830mlm, erm salu kursus habis tgh ari tp kali ni abis ptg lak, so nak tak nak kena la balik mlm. ada bas ptg pukul 630ptg td tp tak sempat la pulak, klu tak mesti lagi awal sampai kan?? tp tak pe la lewat pn asalkan selamat dlm perjalanan. aminnnnn. saya tak sabar sgt nk jumpa MY LUVLY HUBBY, mcm2 saya nk citakan kt MY LUVLY HUBBY :) yg ABG NGAH pulak asyik tanya jer 'bila PAPA nk balik ni' dr ari ahad aritu sampai ke hari ni setiap kali bangun tidur n nk tidur itulah soalan dia :) anak PAPA betul sorg ni :) yg ABG LONG plak tak sabar nk tunggu PAPA balik sbb nk suruh PAPA wt burger.. hihi, kira makan jer anak kitorg yg sulong tu. badan pn da nak sama berat dengan MAMA dh. apapn tak pela janji sihat :)

MY LUVLY HUBBY ckp myb dlm 7 or 8 jam dia sampai la, nmpaknya awal pg jugak la sampai, so angah or ayah la yang p amik MY LUVLY HUBBY kt stesen bas nanti. can"t wait la abg ;)

papa with baby

Monday, April 18, 2011

::SAYA YG DEMAM::

lamanya saya tak demam, last p klinik sbb demam saya rasa dlm bln APRIL 2010 dulu, uish lama btol. arini untuk kesekian kalinya saya ke klinik sekali lg kerana saya yg demam. klu tak asyik bawa anak jer yg demam arini mama lak demam. 

 aduyyy, terasa seksanya demam bila suami tiada di sisi, klu sblm ni demam EN. SUAMI la yg bawakan saya ke klinik, tp arini gara2 EN. SUAMI kena kursus terpaksa la saya drive sendiri utk ke klinik. kepala ni sgt sakit tp nk wt cmna, saya perlu gagahkan diri jugak. saya ajak SIS IN LAW teman saya ke klinik pg td.  sampai klinik lak mak aiiii ramainya org, saya lak rasa mcm nk tdo jer atas kerusi menunggu tu, sakit kepala sgt, rasanya demam tak la sgt tp sakit kepala tu yg lbh. dekat sejam jgk la tunggu baru la nama NOOR SHAZWANIE di panggil. letih menunggu tu yg lebih, dpt la MC sehari jer :( blk dr klinik terus amik ABG LONG kt sekolah dia. yg saya herannya salunya klu saya demam saya tak lalu nk makan apa pn, tp kali ni saya mkn mcm biasa ja, mcm org tak demam pn, pelik jugak. hihihi

lps balik makan ubat tu rasa cm lali ja, ngantuk sgt, then apa lg saya pn tdo la, ptg tu bgn rasa kuat sikit badan, saya pn mandi la dh sakit sgt kepala, klu ikut org tua2 dorg tak bg mandi klu demam, tp saya rasa klu tak mandi lg la letih badan ni. mlm ni rasa mcm saya da makin sihat ckit, alhamdulillah.. :) 

.::WEEKEND::.

SABTU
mggu ni saya n MY LUVLY HUBBY x pegi nat, saya pula xdak rasa nk mkn apa pn yg ada dijual di nat. MOM IN LAW mcm biasa la, tiap2 mggu akan ke nat :) mggu ni dia p, blik jer dr nat terus cari anak sulong dia a.k.a MY LUVLY HUBBY, masa tu MY LUVLY HUBBY xder, dia p beli paper. saya n SIS IN LAW pn heran kenapa la balik2 tnya MY LUVLY HUBBY, kalut jer kitorg tnya 'awat-awat???' hihihi. rupanya kt nat td ada jual BELANGKAS (feveret MY LUVLY HUBBY), tgh kitorg sembang2 MY LUVLY HUBBY pn balik, apalagi mak pn ckp la kt dia, erm awat x p nat pulak, semata2 nk beli belangkas tu, nasib la ada lg, klu tak kempunan lg la MY LUVLY HUBBY. igt lg bulan lepas, p kuala perlis sampai 3x semata-mata nk mkn belangkas tp belangkas xdak. sian MY LUVLY HUBBY tp kali ni dh leh mkn. :) tp saya surrender dr awal, saya xpandai nk wt belangkas tu, so MOM IN LAW la kena wt. elok abis bakar jer terus dorg mkn, utk kali yg keduanya saya cuba mkn telur belangkas tu,erm sedap la pulok, yg aritu try mcm pahit ckit tp kali ni ok la plak, saya pulak yg mkn lbhnya. hahaha. SEDAPPPPP. 

ptg tu plak kitorg kuar p kangar, MY LUVLY HUBBY ajak g beli daging burger+roti burger+belanga nk wt burger+segala mcm hal2 yg berkaitan burger lh kecuali bangsal burger tu :). MY LUVLY HUBBY skrg ni dk wt kira nk wt burger sndiri lak, mentang2 la dulu pernah wt part time jual burger skrg nk wt kt umah utk kami anak beranak lak. :) ok la tu save ckit duit tp klu ari2 mkn burger badan mau bleh jd mcm tong drum. hahaha

mlm ktu kitorg x kuar p mana pn, dinner apalg kalau bukan BURGER yg disediakan oleh CHEF PON, yeah yummy yummy yummy mmg mabeles giler!! thanx yang nt buat lg utk syg n anak2 :)

AHAD
SUAMIKU dalam dilema
bgn jer pg tu MY LUVLY HUBBY kata kt saya ' nk pegi ke tak tah kursus tu', owh lupa lak, MY LUVLY HUBBY perlu pegi kursus ICT kt wangsa maju tp surat xder sampai setakat ari khamis aritu, ari jumaat lak MY LUVLY HUBBY cuti. pastu pg tu dia call PA bos tnya ada tak surat sampai ari jumaat tp PA ckp xder sampai pn. tp nk pegi tak pegi masih dalam dilema, melalui emel org dh ckp dh kursus tu kt mana, jadual semua siap da bg, siap ada maps lagi utk ke tempat kursus tu. fkr punya fkr last sekali decide nk pegi. nek bas mlm tu jgk lm pukul 1030 mlm. ptg tu MY LUVLY HUBBY ajak la kitorg kuar jenjalan dh mlm tu dia da nak bertolak ke KL, ABG LONG ajak kitorg p gua kelam, elok sampai kt terinai tu hujan turun dgn sgt lebat, tp kitorg terus gk p kot sana tak hujan, sampai sana ja hujan baru berhenti, alhamdulillah. kitorg tak bawak pn la baju nk mandi cz da tak rancang, sian anak2 teringin ja nk mandi, tak pe la saya ckp 'nt kita mai berkelah sekali baru best nk mandi' anak2 pn fhm, nasib lg. ptg tu blk jer dr gua kelam saya demam. mmg duk rasa dh dr pg tu tp saya mls nk layan takut kot demam betol, tp mmg tk bleh la nk lawan lg, mmg saya demam pn, lamanya tak demam tetiba time MY LUVLY HUBBY kena kursus saya demam lak, aduhhh susahnya rasa. nasib la baju2 keja MY LUVLY HUBBY saya dh iron awal2 lg, so tak la teruk sgt n utk pertama kalinya MY LUVLY HUBBY masukkan baju dia dlm beg dgn sendiri, klu tak sebelum saya yg kalut klu MY LUVLY HUBBY kena kursus, dia relax jer, saya lak kalut mcm saya yg kena kursus :) MY LUVLY HUBBY nk nek bas mlm tu pn saya tak mampu nk g antar dia kt stesen bas. 'sorry yer abg'...

Tuesday, April 5, 2011

..::TRIP KELANTAN::..

huhh, lamanya tak update blog ni.bz apa tak tau.hihi..arini saya nk tulis ttg trip kami ke KELANTAN pada 01-03 April 2011..:)

dengan keadaan banjir yg sedang melanda negeri Perlis skrg ni sempat lg kitorg g jenjalan :) bukan apa dh dirancang awal,bas pn da booking so walau mcm mana pn terpaksa la p jgk mengikut rancangan. mula mmg igt nk postpone tp memandangkan bas ada trip lain pada tarikh yg kami rancangkan tu p jgk la dlm keadaan mcm ni pn. ops lupa lak ni trip untuk TASKA PERMATA KEMAS saya :) saya pergi bwk famili ( MY LUVLY HUBBY, ABG LONG, ABG NGAH n SIS IN LAW)

kitorg bertolak dalam pukul 10 mlm lbh kurang la, sblm bertolak tu saya ni pnya la mengantok tp dh naik bas tu on d way tu alahai tak leh tdo la plak. mcm2 perasaan bercampur. huhuhu.. pastu terlelap jgk la saya tp st lena st jaga tak leh nak terutama time naik bukit tu bas lak mcm terhoyong hayang ja saya rasa. yg  MY LUVLY HUBBY lena tak sedar mana pn. ABG LONG n ABG NGAH lg la. SIS IN LAW pn sama gk. pastu saya terdengar lak driver bas tu ckp 'tak nampak jln la kabus tebal sgt' alamak saya dh takut  ni, kepala saya asyik senget jer dk tengok ke depan. dlm kepala tak payah cakap la mcm2 dh fikir. sampai satu selekoh tu terdengar driver tu cakap 'astaghfirullah' saya dgn pantas tgk la ke depan, rupanya ada 5 ekor gajah kt tepi jln, elok jer dk jln dlm kumpulan, yg sekor tu punya la besar, naik takut saya tgk. tp dlm hati alhamdulillah bley gk tgk gajah real mcm tu, penah la tgk kt zoo tp tu lain, warna badan gajah pn lain dgn tgk mcm tu dgn tgk kt zoo. kitorg sampai sana dalam pukul 6pg lbh kurang, benti kt Jeli sggh mandi n breakfast. pastu bas pn jln balik dlm pukul 8pg.

destinasi pertama kitorg adalah RANTAU PANJANG. tempat tu  lbh kurang gerai mcm kt wang kelian tu jer. brg yg dorg jual mcm kt pdg besar jer. anak2 saya besa la yg nk dorg beli mainan jer, xdak lain dh. dpt mainan senyap la. dorg bg masa dlm 2jam kt situ, saya x shopping sgt kt situ cz brg dia mcm kt sini jer. dlm tggu org tu sempat la saya makan dulu. erm, mkn lg, huhuhu... saya makan koew teow sup, sedap! tp MY LUVLY HUBBY ckp tak sedap, dia makan tak habis pn. 

destinasi kedua plak PASAR SITI KHADIJAH, tp on d way nk ke pasar tu lalu satu umah tu, besarrrrr punyerrrrr umah :) umah tu jual dodol n serunding. turun lak kt situ beli dodol n serunding. pastu teruskan perjalanan ke pasar ct khadijah. saya lak berjanji ngn kawan sekursus saya nk jmpa kt situ. kawan saya tu org kelantan. kt psr tu dorg bg masa lama ckit. bes la nk menyoping ada byk masa. hihihi... saya pn jenjln la area tu pastu teringin la tgk kain sutera batik tu alahai cantiknyer.. tp rasa mcm sayang duit jer nk beli tp teringin, fkr pnya fkr nk jenjln la dulu kot2 ada yg murah cket. pastu  g kt tempat kraftangan tu ABG LONG nk beli key chain kt cikgu dia, igt jer kt cikgu tu, ABG NGAH dgr jer ABG LONG  nk beli kt cikgu dia pn nk beli jgk utk cikgu dia :) dlm beli tu kawan saya pn sampai, sembang2 st pastu kitorg masuk dlm pasar. saya beli baju kelawar kt MY MOM n MOM IN LAW, pastu beli kain batik utk MY MOM, saya lak beli kain pasang sepasang, MY LUVLY HUBBY beli kain samping, then kitorg turun bawah lak g tgk keropok. borong keropok la paling banyak. mmg penat giler berjalan, hausnya, sggh minum kt gerai tepi jln tu, nk mkn perut kenyang lg. time tu kawan saya da nak balik, katanya dia ada keja lain. ok la walaupun sekejap kitorg jmpa tp best, tingat kenagan masa kt tempat kursus. sebulan kt tempat kursus jd dh mcm adik beradik. ishk lari tajuk dh ni, hihihi.. sambil minum tu dlm kepala saya ni dk pk kain td ni, nak beli ke tak, nk beli ke tak. MY LUVLY HUBBY ckp 'dh syg teringin beli jer la, bkn selalu nak mai sini' pas minum p la plak kedai tu, alamak dh tutup separuh, cmner nih????saya ni siap tgk kot bwk pintu lg kot2 tauke dia ada lg, nasib pekerja dia ada lg, dapat la jgk kain tu. senyum sampai telinga la saya. hahaha... pastu terus g kt bas, lenguh sgt rasa kaki ni. adoiiiii, tp dgn berjln menyoping ni lenguh mcm mana pn sanguppppp :)

destinasi seterusnya PANTAI CAHAYA BULAN, sampai kt pantai tu kitorg decide nk makan dlu baru nk snap gambar. tgh mkn tgk2 hujan turun dgn lebat, lorrr tak leh la nk snap gmbr kt tepi pantai mau mcm ni. erm, rugi la.. pas makan g rehat kt kedai satu lg, g rehat kt kedai tu bukan apa sbb ada driver bas kt situ, senang nmpak klu dia p buka bas, ABG NGAH dh tido atas PAPA, sian dia letih sgt la tu.

destinasi terakhir kitorg  WAKAF CIK YEH.. turun bas jer  ABG LONG da nmpak MCd, dia siap ckp sama balik stg nk p MCd nk mkn ayam :) ok jer PAPA ckp. elok jln sampai tempat org menjual tu hujan turun lg dgn lebat, nk jln pn susah tp nsb st jer hujan tu. kitorg pn jenjln la kt situ, tempat tu lbh kurang mcm ekspo jer saya tgk, tp ada kedai jual batik byk. MY LUVLY HUBBY dk tgk2 la baju batik yg da siap try punya byk helai tp satu pn tak padan, yg padan, warna lak tak cantik, susah la MY LUVLY HUBBY nk beli baju yg da siap dia tinggi, kang badan ok tangan baju lak singkat, kang tangan ok bahu lak jatuh. saya dk plan dr umah nk beli batik sepasang n sedondon ngn MY LUVLY HUBBY tp xder la plak yg jual boleh potong, semua 4meter, rugi la klu beli yg tu utk MY LUVLY HUBBY, dia wt baju jer, so tak kesampaian la, nt la tgk kt jakel lak klu ada. huhuhu

pastu kul 1030 mlm kitorg pn bertolak balik, naik jer bas tu terus kitorg tido, tido tu plak mmg tak sedar apa, sedar2 jer bas benti kt kdai yg kitorg sggh masa p td. saya trn jp pastu naik balik tdo lg. kitorg smpai dalam pukul 8 lbh cmtu la.

letih btol p balik hari jer,yer la rombongan kn, klu byk2 hari duit pn byk, parents budak lak tak nak p. 2 seat jer free, klu byk hari ssh la plak nk tggl ank2 yg lain.