Saturday, April 30, 2011

:: SIAPAKAH MALAIKAT ITU? ::

Pada suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya "sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan kedunia." Sesungguhnya bayi itu amat takut sekali, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yg dia belum pernah melihatnya lagi. lalu bayi ini pun bertanyakan kepada Penciptanya " selama ini ada malaikat yang menjagaku dan para malaikat ini memberitahu bahawa aku akan dilahirkan ke dunia yg sgt indah tp bagaimana untuk aku hidup didunia yg sgt indah itu sedangkan aku masih lemah dan tubuhku masih lg kecil?"

Lalu Penciptanya menjawab "engkau jgn takut, sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjagamu dan mengasihimu semasa kamu di dunia nanti." akibat masih lagi takut, bayi itu bertanya lagi "dunia itu pasti berbeza dgn syurgaku sekarang, jika sekarang aku boleh bermain, menyanyi, dan ketawa yg membuatkan ku terasa bahagia. Bagaimana pula di dunia itu nanti?"

Lalu Penciptanya menjawab "jangan takut kerana malaikat yg Ku pilihkan itu akan menyanyikan untuk kamu, menghadiahkan kamu dengan senyuman dan kasihnya akan membuatkan kamu rasa bahagia sepanjang hayatmu." Bayi itu masih belum puas hati lalu dia bertanya lagi kepada Penciptanya "aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami bahasa aku, bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikat yg Ku pilih itu akan berbicara denganmu dgn bahasa yg paling indah, paling lembut dan penuh dengan kesabaran untuk mengajar kamu berbicara." Bayi itu bertanya lagi "bagaimana caranya untuk aku berbicara denganMu kelak?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikat itu akan mengajar mu nanti." Bayi itu masih terus bertanya "aku dgr di dunia itu ramai orang jahat, jadi siapa yg akan melindungiku nanti?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikatmu itu yg akan melindungimu dan menjagamu nanti dengan segenap jiwa dan raganya sekalipun akan mengorbankan dirinya sendiri." dan dengan sedih, bayi itu bertanya lagi "aku sedih kerana aku tidak dapat bersama dengan Mu lagi."

Lalu Penciptanya menjawab "usah bimbang, malaikatmu itu akan menceritakan tentangKu kepadamu kelak dan malaikatmu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepadaKu bila sampai masanya nanti, sesungguhnya Aku akan sentiasa berada di sisi mu."
Dan sebelum diturunkan kedunia bayi itu bertanyakan soalan yang terakhir "siapakah  nama malaikat yang engkau pilihkan untuk aku itu?"

Lalu Penciptanya menjawab "IBU! IBU YANG MELAHIRKAN ENGKAU!!"

indahnya kebesaran Tuhan


alhamdulillah






Monday, April 25, 2011

::GUA KELAM::

arini kitorg rancang nk g picnic kt GUA KELAM. mggu lps dh pegi jer tp tak mandi ABG LONG n dk gaduh sgt nk mandi, tu yg kitorg plan nk g picnic mggu nintu. org yg paling xcited nk pegi tentulah ABG NGAH ABGLONG, yg ABG NGAH lak hanya ikut jer klu dh ABG LONG sonok dia pn ikut sonok lah :)

yang pegi adalah saya, MY LUVLY HUBBY, MOM & DAD IN LAW, ANGAH, SIS IN LAW n sebelah TOK MY LUVLY HUBBY. kitorg bertolak lebih kurang dalam pukul 2pm. plannyer nk p awal tp tau2 jer la. bgn pagi tu saya terus mandi n mandikan anak2 sekali, pastu saya kemas bilik lak, buang sawang, sapu sampah, mop lantai, pastu kutip cadar lak utk di basuh, jemur bantal sekali, pastu iron baju utk dipakai keja utk mggu ni. lps siap iron baju saya tolong MOM IN LAW masak n buatkan bubur nasi utk lil baby AIRIL FARIS. tgh buat semua tu dgr la pulak 'tit tit tit tit tit'. itu tandanya baju yg dalam washing machine da siap dicuci :) so bergegas la pulak sidai baju. wahhh rupanya banyak betul saya wt keja pg ni yer :) TAHNIAH utk diri saya :) pas siap semua tu saya tggu MOM IN LAW n SIS IN LAW balik dr kangar. dorg g kangar sbb nk carikan SIS IN LAW kasut utk dia intebiu ari rabu ni. pnt la saya rasa arini, n bukan saya jer MOM IN LAW n SIS IN LAW pn mesti penat gk. lps dorg balik dr kangar baru lah kitorg gerak g GUA KELAM.

sonoknya tgk anak2 saya yg 1st n 2nd tu, happy sangat2. tak sabar2 nk mandi dorg, dorg dr umah lg saya da suruh pakai baju utk mandi siap2, senang nt tak kalut nk tukar2 baju, cuma lps mandi jer tukar. bukan main sonok lg dorg, yg BABY lak langsung tak takut, siap tarik tangan PAPA lg ajak masuk dlm air. menu kitorg berkelah kali ni NASI PUTIH+AYAM GORENG+SAYUR REBUNG+UDANG GORENG KUNYIT+DAGING BAKAR+PERUT REBUS n of course la SAMBAL BELACAN. lebih kurang dlm pukul 4 lbh tu kitorg da mula bersiap2 nk balik sbb SIS IN LAW n TOK nk pegi keja plak. saya, MY LUVLY HUBBY n anak2 lak tak terus balik, kitorg terus g PADANG BESAR, saja la jln2. saya tak beli apan kt padang besar just tgk2 jer, MY LUVLY HUBBY pn sama, tak der apa yg berkenan dihati. hanya ABG LONG n ABG NGAH jer beli topeng, tu jer la dorg kemana pn hanya ada dlm mind dorg MAINAN. kali ni TOPENG MUKA pilihan dorg.
lps balik dr padang besar tu kitorg terus g KUALA PERLIS, MY LUVLY HUBBY nk g snap gambar matahari terbenam la pulak, elok nk balik tu nmpak geng gen2 n satria neo berderet jer kt tepi jln kt pantai tu pastu nmpak la keta kawan saya, then kami pn join sekali la ngn geng tu tp kejap jer cz da senja.






Saturday, April 23, 2011

::KYON KI::

malam ni layan cita hindustan ngn MY LUVLY HUBBY. best gk sekali sekala layan hindustan ni :) tambah2 lak part romantik masa dorg menyanyi n menari tu, tgk lak ngn MY LUVLY HUBBY, rasa macam kitorg lak yg dk menari tu, hahaha. best la cita ni sampai saya pn rasa mcm nk nangis ja masa last2 cita tu. huhu

kisahnya :
HERO dalam cita ni adalah ANAND n heroin lak adalah TANVI. mualnya si anand ni bercinta dgn MAYA. percintaan dorg ni mmg penuh dgn gelak, tawa, romantik n mcm2 lg lah. maya ni anak yatim piatu, mulanya dia tak terima cinta anand n anand pn uji la maya sbb anand tahu yg maya cintakan dia tp maya tak nak mengaku, anand cuba utk bakar diri dia sendiri n then maya pn mengalah dgn mengatakan dia mmg cintakan anand, pastu giliran maya lak nk kenakan anand, dia cakap dia tak pandai menunggang kuda dan tak pandai drive. punya la anand ajar maya sampai la anand yg terkena balik. kesian anand, hihi. sampai la hari pernikahan dorg, satu majlis diadakan utk meraikan perkahwinan dorg tu, kali ni maya cakap kt anand dia tak pandai berenang, anand lak igtkan maya saja nk kenakan dia sekali lg, apalg anand pn agkat maya dan baling maya ke dlm kolam yg ada kt situ, anand pn pergi utk membayar bil dan tgglkan maya, selepas anand dtg blk utk jumpa maya, maya dh terdampar kt dasar kolam tu. rupa2nya mmg maya tak pandai berenang. selepas tu anand pulak di sahkan menghidap skizofrenia dan dimasukkan ke hospital sakit mental. masa kt situ lah dia berjumpa dgn tanvi. tanvi adalah doktor kt situ. tanvi berjaya  pulihkan anand n mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain. tp percintaan dorg di halang oleh ayah tanvi. ayah tanvi pulak adalah bos kt hospital tu. ayah tanvi jugak dh ada calon suami utk tanvi, ayah tanvi buatkan anand jd gila semula, n bukan setakat gila dia buatkan anand jd seperti mayat hidup. anand tak boleh bercakap, tak boleh bangun, tak boleh buat apa pn, dia hanya terbaring di atas katil. sampai la suatu malam tu ada seorg lg doktor kt situ namanya sunil, dia nk bantu keluarkan anand dari hospital tu sbb dia yakin anand mmg dh pulih, n mlm tu jgk tanvi akan melarikan diri dgn anand dgn bantuan sunil. sunil pn masuk ke dlm wad, masa tu semua org dlm wad tgh tido. dia cuba kejutkan anand tp setelah dia lihat ada tanda pada leher anand baru lah dia tahu yg ayah tanvi telah inject anand utk jadikan dia mayat hidup. sunil menangis bagai nk gila sbb dia mmg sayangkan anand, sbnrnya anand adalah anak org gaji rumah dia masa dia kecik dulu, dia dh anggap anand mcm adik dia sendiri, dorg terpisah dh lama n dia tak sangka akan jumpa anand dlm keadaan anand mcm tu. bila anand dh berjaya pulih, ayah tanvi pulak buat dia mcm tu, mmg sunil marah. sunil tak sanggup nk tgk anand terus jd mayat hidup, n sunil pn amik bantal n tekup muka anand sampai lah anand mati. sunil pegi kt bilik ayah tanvi n suruh call polis dan bgtahu yg dia telah bunuh anand semata2 nk puaskan hati bos dia, dlm masa tu jgk tanvi terdengar apa yg sunil bgtahu ayahnya, tanvi telah bersedia dgn beg pakaian yg besar utk melarikan diri dgn anand jatuh terduduk setelah terdengar semuanya. last sekali, setalah anand mati, tanvi pulak jd gila, tanvi dimasukkan ke hospital berkenaan dan memakai pakaian yg sama dgn anand pakai dulu iaitu baju bernombor 36.

hurm drpd cerita ni nmpak sgt yg kerana kekayaan manusia sggp buat apa saja walaupn akhir sekali dirinya yg merana.


Wednesday, April 20, 2011

::CAN'T WAIT::

yeay yeay kejap lg MY LUVLY HUBBY akan sampai, INSYAALLAH setelah 3hari berkursus. tak sabar saya rasa nk menunggu kepulangan MY LUVLY HUBBY. bukan tak biasa kena tinggal, memang salu MY LUVLY HUBBY kena kursus tapi kali ni rasa lain mcm jer, entah la kenapa. mybe sbb saya demam kot tu yg jd macam tu. tp now saya dah lega demam (ceywah dan2 lega bla HUBBY nk blk) hahaha

MY LUVLY HUBBY cakap dia naik bas malam kul 830mlm, erm salu kursus habis tgh ari tp kali ni abis ptg lak, so nak tak nak kena la balik mlm. ada bas ptg pukul 630ptg td tp tak sempat la pulak, klu tak mesti lagi awal sampai kan?? tp tak pe la lewat pn asalkan selamat dlm perjalanan. aminnnnn. saya tak sabar sgt nk jumpa MY LUVLY HUBBY, mcm2 saya nk citakan kt MY LUVLY HUBBY :) yg ABG NGAH pulak asyik tanya jer 'bila PAPA nk balik ni' dr ari ahad aritu sampai ke hari ni setiap kali bangun tidur n nk tidur itulah soalan dia :) anak PAPA betul sorg ni :) yg ABG LONG plak tak sabar nk tunggu PAPA balik sbb nk suruh PAPA wt burger.. hihi, kira makan jer anak kitorg yg sulong tu. badan pn da nak sama berat dengan MAMA dh. apapn tak pela janji sihat :)

MY LUVLY HUBBY ckp myb dlm 7 or 8 jam dia sampai la, nmpaknya awal pg jugak la sampai, so angah or ayah la yang p amik MY LUVLY HUBBY kt stesen bas nanti. can"t wait la abg ;)

papa with baby

Monday, April 18, 2011

::SAYA YG DEMAM::

lamanya saya tak demam, last p klinik sbb demam saya rasa dlm bln APRIL 2010 dulu, uish lama btol. arini untuk kesekian kalinya saya ke klinik sekali lg kerana saya yg demam. klu tak asyik bawa anak jer yg demam arini mama lak demam. 

 aduyyy, terasa seksanya demam bila suami tiada di sisi, klu sblm ni demam EN. SUAMI la yg bawakan saya ke klinik, tp arini gara2 EN. SUAMI kena kursus terpaksa la saya drive sendiri utk ke klinik. kepala ni sgt sakit tp nk wt cmna, saya perlu gagahkan diri jugak. saya ajak SIS IN LAW teman saya ke klinik pg td.  sampai klinik lak mak aiiii ramainya org, saya lak rasa mcm nk tdo jer atas kerusi menunggu tu, sakit kepala sgt, rasanya demam tak la sgt tp sakit kepala tu yg lbh. dekat sejam jgk la tunggu baru la nama NOOR SHAZWANIE di panggil. letih menunggu tu yg lebih, dpt la MC sehari jer :( blk dr klinik terus amik ABG LONG kt sekolah dia. yg saya herannya salunya klu saya demam saya tak lalu nk makan apa pn, tp kali ni saya mkn mcm biasa ja, mcm org tak demam pn, pelik jugak. hihihi

lps balik makan ubat tu rasa cm lali ja, ngantuk sgt, then apa lg saya pn tdo la, ptg tu bgn rasa kuat sikit badan, saya pn mandi la dh sakit sgt kepala, klu ikut org tua2 dorg tak bg mandi klu demam, tp saya rasa klu tak mandi lg la letih badan ni. mlm ni rasa mcm saya da makin sihat ckit, alhamdulillah.. :) 

.::WEEKEND::.

SABTU
mggu ni saya n MY LUVLY HUBBY x pegi nat, saya pula xdak rasa nk mkn apa pn yg ada dijual di nat. MOM IN LAW mcm biasa la, tiap2 mggu akan ke nat :) mggu ni dia p, blik jer dr nat terus cari anak sulong dia a.k.a MY LUVLY HUBBY, masa tu MY LUVLY HUBBY xder, dia p beli paper. saya n SIS IN LAW pn heran kenapa la balik2 tnya MY LUVLY HUBBY, kalut jer kitorg tnya 'awat-awat???' hihihi. rupanya kt nat td ada jual BELANGKAS (feveret MY LUVLY HUBBY), tgh kitorg sembang2 MY LUVLY HUBBY pn balik, apalagi mak pn ckp la kt dia, erm awat x p nat pulak, semata2 nk beli belangkas tu, nasib la ada lg, klu tak kempunan lg la MY LUVLY HUBBY. igt lg bulan lepas, p kuala perlis sampai 3x semata-mata nk mkn belangkas tp belangkas xdak. sian MY LUVLY HUBBY tp kali ni dh leh mkn. :) tp saya surrender dr awal, saya xpandai nk wt belangkas tu, so MOM IN LAW la kena wt. elok abis bakar jer terus dorg mkn, utk kali yg keduanya saya cuba mkn telur belangkas tu,erm sedap la pulok, yg aritu try mcm pahit ckit tp kali ni ok la plak, saya pulak yg mkn lbhnya. hahaha. SEDAPPPPP. 

ptg tu plak kitorg kuar p kangar, MY LUVLY HUBBY ajak g beli daging burger+roti burger+belanga nk wt burger+segala mcm hal2 yg berkaitan burger lh kecuali bangsal burger tu :). MY LUVLY HUBBY skrg ni dk wt kira nk wt burger sndiri lak, mentang2 la dulu pernah wt part time jual burger skrg nk wt kt umah utk kami anak beranak lak. :) ok la tu save ckit duit tp klu ari2 mkn burger badan mau bleh jd mcm tong drum. hahaha

mlm ktu kitorg x kuar p mana pn, dinner apalg kalau bukan BURGER yg disediakan oleh CHEF PON, yeah yummy yummy yummy mmg mabeles giler!! thanx yang nt buat lg utk syg n anak2 :)

AHAD
SUAMIKU dalam dilema
bgn jer pg tu MY LUVLY HUBBY kata kt saya ' nk pegi ke tak tah kursus tu', owh lupa lak, MY LUVLY HUBBY perlu pegi kursus ICT kt wangsa maju tp surat xder sampai setakat ari khamis aritu, ari jumaat lak MY LUVLY HUBBY cuti. pastu pg tu dia call PA bos tnya ada tak surat sampai ari jumaat tp PA ckp xder sampai pn. tp nk pegi tak pegi masih dalam dilema, melalui emel org dh ckp dh kursus tu kt mana, jadual semua siap da bg, siap ada maps lagi utk ke tempat kursus tu. fkr punya fkr last sekali decide nk pegi. nek bas mlm tu jgk lm pukul 1030 mlm. ptg tu MY LUVLY HUBBY ajak la kitorg kuar jenjalan dh mlm tu dia da nak bertolak ke KL, ABG LONG ajak kitorg p gua kelam, elok sampai kt terinai tu hujan turun dgn sgt lebat, tp kitorg terus gk p kot sana tak hujan, sampai sana ja hujan baru berhenti, alhamdulillah. kitorg tak bawak pn la baju nk mandi cz da tak rancang, sian anak2 teringin ja nk mandi, tak pe la saya ckp 'nt kita mai berkelah sekali baru best nk mandi' anak2 pn fhm, nasib lg. ptg tu blk jer dr gua kelam saya demam. mmg duk rasa dh dr pg tu tp saya mls nk layan takut kot demam betol, tp mmg tk bleh la nk lawan lg, mmg saya demam pn, lamanya tak demam tetiba time MY LUVLY HUBBY kena kursus saya demam lak, aduhhh susahnya rasa. nasib la baju2 keja MY LUVLY HUBBY saya dh iron awal2 lg, so tak la teruk sgt n utk pertama kalinya MY LUVLY HUBBY masukkan baju dia dlm beg dgn sendiri, klu tak sebelum saya yg kalut klu MY LUVLY HUBBY kena kursus, dia relax jer, saya lak kalut mcm saya yg kena kursus :) MY LUVLY HUBBY nk nek bas mlm tu pn saya tak mampu nk g antar dia kt stesen bas. 'sorry yer abg'...

Tuesday, April 5, 2011

..::TRIP KELANTAN::..

huhh, lamanya tak update blog ni.bz apa tak tau.hihi..arini saya nk tulis ttg trip kami ke KELANTAN pada 01-03 April 2011..:)

dengan keadaan banjir yg sedang melanda negeri Perlis skrg ni sempat lg kitorg g jenjalan :) bukan apa dh dirancang awal,bas pn da booking so walau mcm mana pn terpaksa la p jgk mengikut rancangan. mula mmg igt nk postpone tp memandangkan bas ada trip lain pada tarikh yg kami rancangkan tu p jgk la dlm keadaan mcm ni pn. ops lupa lak ni trip untuk TASKA PERMATA KEMAS saya :) saya pergi bwk famili ( MY LUVLY HUBBY, ABG LONG, ABG NGAH n SIS IN LAW)

kitorg bertolak dalam pukul 10 mlm lbh kurang la, sblm bertolak tu saya ni pnya la mengantok tp dh naik bas tu on d way tu alahai tak leh tdo la plak. mcm2 perasaan bercampur. huhuhu.. pastu terlelap jgk la saya tp st lena st jaga tak leh nak terutama time naik bukit tu bas lak mcm terhoyong hayang ja saya rasa. yg  MY LUVLY HUBBY lena tak sedar mana pn. ABG LONG n ABG NGAH lg la. SIS IN LAW pn sama gk. pastu saya terdengar lak driver bas tu ckp 'tak nampak jln la kabus tebal sgt' alamak saya dh takut  ni, kepala saya asyik senget jer dk tengok ke depan. dlm kepala tak payah cakap la mcm2 dh fikir. sampai satu selekoh tu terdengar driver tu cakap 'astaghfirullah' saya dgn pantas tgk la ke depan, rupanya ada 5 ekor gajah kt tepi jln, elok jer dk jln dlm kumpulan, yg sekor tu punya la besar, naik takut saya tgk. tp dlm hati alhamdulillah bley gk tgk gajah real mcm tu, penah la tgk kt zoo tp tu lain, warna badan gajah pn lain dgn tgk mcm tu dgn tgk kt zoo. kitorg sampai sana dalam pukul 6pg lbh kurang, benti kt Jeli sggh mandi n breakfast. pastu bas pn jln balik dlm pukul 8pg.

destinasi pertama kitorg adalah RANTAU PANJANG. tempat tu  lbh kurang gerai mcm kt wang kelian tu jer. brg yg dorg jual mcm kt pdg besar jer. anak2 saya besa la yg nk dorg beli mainan jer, xdak lain dh. dpt mainan senyap la. dorg bg masa dlm 2jam kt situ, saya x shopping sgt kt situ cz brg dia mcm kt sini jer. dlm tggu org tu sempat la saya makan dulu. erm, mkn lg, huhuhu... saya makan koew teow sup, sedap! tp MY LUVLY HUBBY ckp tak sedap, dia makan tak habis pn. 

destinasi kedua plak PASAR SITI KHADIJAH, tp on d way nk ke pasar tu lalu satu umah tu, besarrrrr punyerrrrr umah :) umah tu jual dodol n serunding. turun lak kt situ beli dodol n serunding. pastu teruskan perjalanan ke pasar ct khadijah. saya lak berjanji ngn kawan sekursus saya nk jmpa kt situ. kawan saya tu org kelantan. kt psr tu dorg bg masa lama ckit. bes la nk menyoping ada byk masa. hihihi... saya pn jenjln la area tu pastu teringin la tgk kain sutera batik tu alahai cantiknyer.. tp rasa mcm sayang duit jer nk beli tp teringin, fkr pnya fkr nk jenjln la dulu kot2 ada yg murah cket. pastu  g kt tempat kraftangan tu ABG LONG nk beli key chain kt cikgu dia, igt jer kt cikgu tu, ABG NGAH dgr jer ABG LONG  nk beli kt cikgu dia pn nk beli jgk utk cikgu dia :) dlm beli tu kawan saya pn sampai, sembang2 st pastu kitorg masuk dlm pasar. saya beli baju kelawar kt MY MOM n MOM IN LAW, pastu beli kain batik utk MY MOM, saya lak beli kain pasang sepasang, MY LUVLY HUBBY beli kain samping, then kitorg turun bawah lak g tgk keropok. borong keropok la paling banyak. mmg penat giler berjalan, hausnya, sggh minum kt gerai tepi jln tu, nk mkn perut kenyang lg. time tu kawan saya da nak balik, katanya dia ada keja lain. ok la walaupun sekejap kitorg jmpa tp best, tingat kenagan masa kt tempat kursus. sebulan kt tempat kursus jd dh mcm adik beradik. ishk lari tajuk dh ni, hihihi.. sambil minum tu dlm kepala saya ni dk pk kain td ni, nak beli ke tak, nk beli ke tak. MY LUVLY HUBBY ckp 'dh syg teringin beli jer la, bkn selalu nak mai sini' pas minum p la plak kedai tu, alamak dh tutup separuh, cmner nih????saya ni siap tgk kot bwk pintu lg kot2 tauke dia ada lg, nasib pekerja dia ada lg, dapat la jgk kain tu. senyum sampai telinga la saya. hahaha... pastu terus g kt bas, lenguh sgt rasa kaki ni. adoiiiii, tp dgn berjln menyoping ni lenguh mcm mana pn sanguppppp :)

destinasi seterusnya PANTAI CAHAYA BULAN, sampai kt pantai tu kitorg decide nk makan dlu baru nk snap gambar. tgh mkn tgk2 hujan turun dgn lebat, lorrr tak leh la nk snap gmbr kt tepi pantai mau mcm ni. erm, rugi la.. pas makan g rehat kt kedai satu lg, g rehat kt kedai tu bukan apa sbb ada driver bas kt situ, senang nmpak klu dia p buka bas, ABG NGAH dh tido atas PAPA, sian dia letih sgt la tu.

destinasi terakhir kitorg  WAKAF CIK YEH.. turun bas jer  ABG LONG da nmpak MCd, dia siap ckp sama balik stg nk p MCd nk mkn ayam :) ok jer PAPA ckp. elok jln sampai tempat org menjual tu hujan turun lg dgn lebat, nk jln pn susah tp nsb st jer hujan tu. kitorg pn jenjln la kt situ, tempat tu lbh kurang mcm ekspo jer saya tgk, tp ada kedai jual batik byk. MY LUVLY HUBBY dk tgk2 la baju batik yg da siap try punya byk helai tp satu pn tak padan, yg padan, warna lak tak cantik, susah la MY LUVLY HUBBY nk beli baju yg da siap dia tinggi, kang badan ok tangan baju lak singkat, kang tangan ok bahu lak jatuh. saya dk plan dr umah nk beli batik sepasang n sedondon ngn MY LUVLY HUBBY tp xder la plak yg jual boleh potong, semua 4meter, rugi la klu beli yg tu utk MY LUVLY HUBBY, dia wt baju jer, so tak kesampaian la, nt la tgk kt jakel lak klu ada. huhuhu

pastu kul 1030 mlm kitorg pn bertolak balik, naik jer bas tu terus kitorg tido, tido tu plak mmg tak sedar apa, sedar2 jer bas benti kt kdai yg kitorg sggh masa p td. saya trn jp pastu naik balik tdo lg. kitorg smpai dalam pukul 8 lbh cmtu la.

letih btol p balik hari jer,yer la rombongan kn, klu byk2 hari duit pn byk, parents budak lak tak nak p. 2 seat jer free, klu byk hari ssh la plak nk tggl ank2 yg lain.