Tuesday, October 29, 2013

::DIA SEORANG IBU::

IBU, MAMA, MAK, MOMMY  n other lah panggilan untuk seorang ibu drpd anak2nya....

Pagi itu............
Seawal pg seorg ibu bangun utk meneruskan rutin hariannya. Kejutkan suami dan anak2 untuk bangun pagi, sediakan sarapan untuk kesemua insan kesayangannya. Bg ibu yang tidak bekerja akan meneruskan segala kerja di rumah setelah suami keluar untuk mencari rezeki manakala anak2 pula keluar untuk menimba ilmu sebanyak yg mungkin di sekolah. Bagi ibu yang bekerja pula seawal pg bangun membasuh pakaian, setelah itu menyidai pula pakaian di ampaian sebelum keluar bekerja. Pulang di petang hari masih ada lagi kerja yang perlu dilakukan. Cuma tinggal masa tidur sahaja masa untuk si ibu berehat sepuas2nya. Itu lah rutin harian seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Sehinggalah...................
Anak2 membesar. Ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Tp si ibu tetap bersyukur dengan kejayaan si anak biarpun sesekali si anak ada membuat hati si ibu menangis kecewa. Tetapi sekalipun wajah kekecewaan si ibu itu tidak pernah ditunjukkan kepada si anak. Itulah kekuatan seorang ibu. Apabila anak2 membesar dan berjaya adakah anak2 ini akan mengingati si ibu ini????
Sampailah suatu ketika salah seorang si anak berkahwin. Dengan penuh bangga dan gembiranya si ibu ini menyambut kedatangan menantu tersayang. Bercerita sana sini tentang kebaikan si menantu tanpa ada langsung keburukannya. Ya hati si ibu sangatlah gembira.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun.
Suami tersayang jatuh sakit dan pergi menghembuskan nafas terakhir disisi isteri. Alahmdulillah sempat si suami memohon kemaafan kepada si isteri sepanjang hidup bersama dan mengucap dua kalimah syahadah bersama-sama sehingga ke nafas terakhir.

Kini............
Tinggallah si ibu ini keseorangan. Hanya anak2 dan cucu2 pengubat lara di hati. Tapi adakah si anak dapat menggantikan tempat suami tersayang??adakah cucu2 dapat membuatkan nenek mereka melupakan seketika detik bersama tok wan mereka??mungkin hanya senyum dibibir tapi kesedihan dan kepayahan tiada siapa yang tahu.......

No comments:

Post a Comment