Saturday, April 23, 2011

::KYON KI::

malam ni layan cita hindustan ngn MY LUVLY HUBBY. best gk sekali sekala layan hindustan ni :) tambah2 lak part romantik masa dorg menyanyi n menari tu, tgk lak ngn MY LUVLY HUBBY, rasa macam kitorg lak yg dk menari tu, hahaha. best la cita ni sampai saya pn rasa mcm nk nangis ja masa last2 cita tu. huhu

kisahnya :
HERO dalam cita ni adalah ANAND n heroin lak adalah TANVI. mualnya si anand ni bercinta dgn MAYA. percintaan dorg ni mmg penuh dgn gelak, tawa, romantik n mcm2 lg lah. maya ni anak yatim piatu, mulanya dia tak terima cinta anand n anand pn uji la maya sbb anand tahu yg maya cintakan dia tp maya tak nak mengaku, anand cuba utk bakar diri dia sendiri n then maya pn mengalah dgn mengatakan dia mmg cintakan anand, pastu giliran maya lak nk kenakan anand, dia cakap dia tak pandai menunggang kuda dan tak pandai drive. punya la anand ajar maya sampai la anand yg terkena balik. kesian anand, hihi. sampai la hari pernikahan dorg, satu majlis diadakan utk meraikan perkahwinan dorg tu, kali ni maya cakap kt anand dia tak pandai berenang, anand lak igtkan maya saja nk kenakan dia sekali lg, apalg anand pn agkat maya dan baling maya ke dlm kolam yg ada kt situ, anand pn pergi utk membayar bil dan tgglkan maya, selepas anand dtg blk utk jumpa maya, maya dh terdampar kt dasar kolam tu. rupa2nya mmg maya tak pandai berenang. selepas tu anand pulak di sahkan menghidap skizofrenia dan dimasukkan ke hospital sakit mental. masa kt situ lah dia berjumpa dgn tanvi. tanvi adalah doktor kt situ. tanvi berjaya  pulihkan anand n mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain. tp percintaan dorg di halang oleh ayah tanvi. ayah tanvi pulak adalah bos kt hospital tu. ayah tanvi jugak dh ada calon suami utk tanvi, ayah tanvi buatkan anand jd gila semula, n bukan setakat gila dia buatkan anand jd seperti mayat hidup. anand tak boleh bercakap, tak boleh bangun, tak boleh buat apa pn, dia hanya terbaring di atas katil. sampai la suatu malam tu ada seorg lg doktor kt situ namanya sunil, dia nk bantu keluarkan anand dari hospital tu sbb dia yakin anand mmg dh pulih, n mlm tu jgk tanvi akan melarikan diri dgn anand dgn bantuan sunil. sunil pn masuk ke dlm wad, masa tu semua org dlm wad tgh tido. dia cuba kejutkan anand tp setelah dia lihat ada tanda pada leher anand baru lah dia tahu yg ayah tanvi telah inject anand utk jadikan dia mayat hidup. sunil menangis bagai nk gila sbb dia mmg sayangkan anand, sbnrnya anand adalah anak org gaji rumah dia masa dia kecik dulu, dia dh anggap anand mcm adik dia sendiri, dorg terpisah dh lama n dia tak sangka akan jumpa anand dlm keadaan anand mcm tu. bila anand dh berjaya pulih, ayah tanvi pulak buat dia mcm tu, mmg sunil marah. sunil tak sanggup nk tgk anand terus jd mayat hidup, n sunil pn amik bantal n tekup muka anand sampai lah anand mati. sunil pegi kt bilik ayah tanvi n suruh call polis dan bgtahu yg dia telah bunuh anand semata2 nk puaskan hati bos dia, dlm masa tu jgk tanvi terdengar apa yg sunil bgtahu ayahnya, tanvi telah bersedia dgn beg pakaian yg besar utk melarikan diri dgn anand jatuh terduduk setelah terdengar semuanya. last sekali, setalah anand mati, tanvi pulak jd gila, tanvi dimasukkan ke hospital berkenaan dan memakai pakaian yg sama dgn anand pakai dulu iaitu baju bernombor 36.

hurm drpd cerita ni nmpak sgt yg kerana kekayaan manusia sggp buat apa saja walaupn akhir sekali dirinya yg merana.


No comments:

Post a Comment