Saturday, April 30, 2011

:: SIAPAKAH MALAIKAT ITU? ::

Pada suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya "sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan kedunia." Sesungguhnya bayi itu amat takut sekali, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yg dia belum pernah melihatnya lagi. lalu bayi ini pun bertanyakan kepada Penciptanya " selama ini ada malaikat yang menjagaku dan para malaikat ini memberitahu bahawa aku akan dilahirkan ke dunia yg sgt indah tp bagaimana untuk aku hidup didunia yg sgt indah itu sedangkan aku masih lemah dan tubuhku masih lg kecil?"

Lalu Penciptanya menjawab "engkau jgn takut, sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjagamu dan mengasihimu semasa kamu di dunia nanti." akibat masih lagi takut, bayi itu bertanya lagi "dunia itu pasti berbeza dgn syurgaku sekarang, jika sekarang aku boleh bermain, menyanyi, dan ketawa yg membuatkan ku terasa bahagia. Bagaimana pula di dunia itu nanti?"

Lalu Penciptanya menjawab "jangan takut kerana malaikat yg Ku pilihkan itu akan menyanyikan untuk kamu, menghadiahkan kamu dengan senyuman dan kasihnya akan membuatkan kamu rasa bahagia sepanjang hayatmu." Bayi itu masih belum puas hati lalu dia bertanya lagi kepada Penciptanya "aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami bahasa aku, bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikat yg Ku pilih itu akan berbicara denganmu dgn bahasa yg paling indah, paling lembut dan penuh dengan kesabaran untuk mengajar kamu berbicara." Bayi itu bertanya lagi "bagaimana caranya untuk aku berbicara denganMu kelak?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikat itu akan mengajar mu nanti." Bayi itu masih terus bertanya "aku dgr di dunia itu ramai orang jahat, jadi siapa yg akan melindungiku nanti?"

Lalu Penciptanya menjawab "malaikatmu itu yg akan melindungimu dan menjagamu nanti dengan segenap jiwa dan raganya sekalipun akan mengorbankan dirinya sendiri." dan dengan sedih, bayi itu bertanya lagi "aku sedih kerana aku tidak dapat bersama dengan Mu lagi."

Lalu Penciptanya menjawab "usah bimbang, malaikatmu itu akan menceritakan tentangKu kepadamu kelak dan malaikatmu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepadaKu bila sampai masanya nanti, sesungguhnya Aku akan sentiasa berada di sisi mu."
Dan sebelum diturunkan kedunia bayi itu bertanyakan soalan yang terakhir "siapakah  nama malaikat yang engkau pilihkan untuk aku itu?"

Lalu Penciptanya menjawab "IBU! IBU YANG MELAHIRKAN ENGKAU!!"

indahnya kebesaran Tuhan


alhamdulillah






No comments:

Post a Comment